Di taman ini juga terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan seperti basikal yang boleh disewa serta motor electrik. Kepada mereka yang gemarkan sukan air, terdapat juga disediakan bot untuk mendayung di tengah tasik. Terdapat juga laluan kanopi di kawasan nie yang menghubungkan dengan Bangunan Information Center berhampiran dengan tempat untuk menyewa basikal.
Laluan pejalan kaki disepanjang tasik juga disediakan untuk mereka yang ingin berjogging dan tidak mahu berlari di atas bukit. Terdapat empangan air yang dibina bagi memisahkan antara 2 buah tasik. Suasana tenang serta nyaman di waktu pagi amat sesuai untuk beriadah di sini terutama di waktu pagi.
Berada di kawasan Taman Suria.....dapat juga berposing di sini...terima kasih kepada adik yang sedang berjogging yang sudi untuk tolong ambilkan gambar....
Astaka Morocco yang terletak berhampiran dengan pintu masuk Taman Botani.... bangunan bercorakkan seni bina Islam dengan ukiran di dinding serta pintu gerbang....
Kawasan berbukit di Bukit Kelulut....kawasan yang berbukit pasti akan menjadi tempat yang memeritkan nanti....
Terdapat lebah kelulut yang dipelihara di sini....
Berpeluh juga mendaki di sini.... lepas mendaki layan downhill pulak.......
Tenang jea kat laluan ini.....sunyi di waktu pagi...
Turun dari bukit....layan tepi tasik pulak.....
Mendamaikan walaupun berada di tengah-tengah Putrajaya....
Layan laluan titi berkayu......tapi licin kayu platform dekat sini akibat basah dan lembab....
Tak pasti berapa usia pokok nie....walaupun tak tinggi namun kelihatan macam dah lama....
Lepas layan tepi tasik......climbing semula ke puncak bukit.....dari Taman Suria kelihatan bangunan Pejabat Perdana Menteri....
Laluan menuju ke Taman Suria.....terdapat tiang jam matahari di kawasan nie...
Dikatakan sebagai tiang jam matahati....tetapi dari reka bentuknya seperti mercu tanda Dajjal jea.....
Layan bergambar dulu....lepas nie turun semula ke tepi tasik....
Layan ke tengah tasik pulak.... nak tengok empangan....
Empangan yang memisahkan antara 2 buah tasik.....
Nampak macam dalam jea air tasik nie.....gelap sehingga ke dasar tasik...
Layan berlari di anak tangga pulak.....laluan anak tangga ini akan menuju semula ke Taman Suria... bermula dari Restoran Seafood Taman Botani...
Terdapat banyak laluan di sekitar Taman Botani ini......banyak kawasan berbukit di taman ini manakala kawasan landai hanya di tepi tasik sahaja....oleh itu cabaran sejauh 50km selama 12 jam sememangnya tidak boleh dipandang mudah.... walaupun acara dijalankan di sepanjang malam tanpa sinaran mentari namum faktor keletihan serta mengantuk pasti menjadi penghalang utama....
Tak banyak kawasan yang landai....semuanya berbukit...
Persiapan mental dan fizikal seharusnya bermula dari sekarang....diharapkan nanti tidak kecundang di tengah jalan....
No comments:
Post a Comment