Kayuhan bermula pada pukul 8.20 pagi bertempat di perkarangan Taman Keruing berhampiran dengan SIRIM Rasa. Seramai lebih kurang 150 orang pengayuh menyertainya dan kebetulan acara ini juga sama tarikh dengan Kolej Komuniti Hulu Selangor MTB Jamboree yang berlangsung di Batang Kali tetapi laluannya berbeza. Kayuhan berbentuk santai dan tiada apa yang perlu dikejarkan, hanya keseronokan semasa kayuhan yang dicari sambil dapat berkenal-kenalan dengan rakan rider yang lain. Kayuhan tamat lebih kurang pukul 10 pagi dan disediakan jamuan makan tengahari sambil menunggu acara lucky draw.
Kayuh santai jea hari nie....wakil Prima yang ada...Basri-Josh-Babat....
Seronok dapat jumpa rakan-rakan lama....maklumlah dah lama tak berjamboree....
Sebelum kayuh....posing dulu....
Kayuh bermula pada pukul 8.20 pagi.... dimulai dengan ucapan perasmian dan bacaan doa daripada pihak penganjur....
Berdoa dahulu....semoga kayuhan kali ini mendapat keberkatan dan keredaan dariNya....
Bergambar dulu....
Peserta dikumpulkan di kawasan tepi sungai sehingga semua pengayuh sampai..... lepak rehat lebih kurang 20 minit sebelum penganjur memberikan "green light" untuk meneruskan kembali kayuhan....
Ketika ini...jarak hanya tinggal 5km sahaja sebelum sambil ke finishing line....
Tak sempat nak ambil gambar semasa di dalam trail hutan tadi.....seronok sangat melayan trail sambil lupa nak bergambar....
Laluan trail yang disediakan tidak terlalu hardcore walaupun terdapat beberapa kawasan pendakian.... namun sesak nafas jugak lah nak berkayuh sehingga ke puncak....ini lah akibatnya kalau dah lama sangat tak berkayuh...
Laluan trek menyusuri sungai....laluan landai dan berpasir....
Santai-santai jea......tak ada apa yang nak dikejarkan....janji enjoy...
Menuju ke loji penapisan air Rasa.....merupakan pusat pembersihan air bagi kawasan Hulu Selangor.....
Enjoy......
Memasuki kawasan perindustrian Zurah berhampiran dengan SIRIM Rasa.... terdapat banyak jugak kilang di kawasan ini yang terdiri daripada kilang besi fabrication dan kilang repair gerabak keretapi...
1km lagi untuk sampai di garisan penamat.....slow & easy jea.....
Sampai juga di finishing line....ada medal lagi... walaupun santai tetapi puas hati dapat berkayuh hari nie.... terubat juga gian nak beroffroad.....
No comments:
Post a Comment