Sunday, 30 June 2019

Perak International Century Ride (PICR) : Back On Saddle - 30 June 2019

Setelah hampir 3 tahun tidak menyertai apa-apa event century ride, namun kali ini terbuka hati hendak menyertainya semula di Perak International Century Ride (PICR) 2019. Kali pertama menyertai PICR ini adalah pada tahun 2015 bertempat di Hotel Casuarina, Meru Ipoh. Tetapi kali ini bermula di RTC Gopeng. Antara route laluan yang akan diharungi adalah RTC Gopeng-Batu Gajah (Kellies Castle)-Highway Bemban-Expressway Ipoh-Lumut-Tronoh-Seri Iskandar-Bota Kanan-Lambor Kanan-Kampung Gajah-Chenderong Balai-Tanjung Tualang-Malim Nawar-Kuala Dipang-Gopeng-RTC Gopeng.

Flag off tepat pukul 7 pagi dalam suasana pagi yang masih lagi samar-samar. Seramai 1300 orang pengayuh menyertainya dan terdapat juga pengayuh dari luar negara.

Hari Sabtu masa ambil goodies bag....semua benda dah bagi...jersey tentu lah ada.... tapi baju dan medal finisher pun dah bagi sekali.... lain kali bagi lah time dekat finishing line...baru ada rasa makna sikit....

Plate tampal dekat bawah seat post....itu pun ramai yang komplain kata koyak @tertanggal sebab kena air hujan...timing chip tak dapat scan...jadi angin satu badan....

Muka-muka ceria diawal pagi semasa di starting line...

Seramai lebih kurang 1300 orang diperkarangan GTC Gopeng....kawasan tempat letak kenderaan yang luas serta selesa.....

Geng Melaka nie...kuat-kuat semuanya...


Flag off tepat pukul 7 pagi....seramai lebih kurang 1300 orang pengayuh pada pagi nie...


Gambar time kayuh.....

Ada jugak gambar.....walaupun sipi-sipi jea...

Tamat kayuhan....makan dulu...perut dah lapar.... overall route adalah berbentuk fast rolling....flat all the way...tak banyak climbing...tapi rasa pewaii di KM140....disebabkan kurang latihan...

Acara lucky draw sudah bermula...tapi tak tunggu pun...lepas nie nak berkayuh lagi 6km ke homestay...azab rasanya dalam cuaca panas terik...

Terserempak dengan member Sekolah Sains Muar....sekarang dah jadik taukey besar jet-sky dekat Langkawi... 

Tak berjaya menghabiskan kayuhan di bawah masa 5 jam...terputus dengan peloton semasa KM100...terus tertinggal jauh...ini lah sebabnya kalau kurang latihan...lagi pun dah 3 tahun tak bercentury ride... dapat sampai di finishing line tanpa sebarang kecederaan pun dah cukup bertuah.. adakah ini titik permulaan untuk kembali aktive bercentury ride seperti dulu... tunggu di next event...Shah Alam Enduride...Repsol Fellowship Ride... 

Laluan yang landai tanpa bukit....tapi kalau kurang latihan, laluan menurun pun boleh pewaii....jumpa lagi di event akan datang....

No comments:

Post a Comment