Sunday, 26 January 2020

Kayuhan Santai-Santai @CNY - 26 January 2020

Kayuhan ala leha-leha sempena cuti public holiday Tahun Baru Cina dari Bukit Beruntung ke Sirim Rasa. Kayuhan santai solo jea pagi nie. Jarak pun tak jauh, hanya 40km jea. Cukup rasanya bila dah 3 minggu tak berkayuh. Cuaca di awal pagi nampak mendung namun panas bila waktu mencecah pukul 9 pagi. Terserempak juga dengan beberapa pengayuh yang berkayuh secara solo namun tidak pasti ke mana arah dituju. Kayuhan sehingga ke persimpangan Rasa-KKB selepas Sirim Rasa dan berpatah semula ke Bukit Beruntung sambil singgah sebentar di Tasik Widuri. Tiada sesiapa pun di sini semasa waktu pagi, namun meriah disebelah petangnya.

Kayuh solo jea pagi nie.... semalam tak sempat nak kayuh..hari nie kayuh santai-santai jea....dah beberapa minggu tak kayuh....sesak nafas rasanya...

Speed pun macam siput jea......slow & steady jea....

Hari nie kenderaan tak banyak....maklumlah ramai yang masih lagi bercuti ... cuti CNY nie tak pergi ke mana-mana pun...jalan jem sana sini....malas nak hadap jem dekat highway...elok duduk rumah diam-diam sambil kayuh basikal....

Port selalu lepak.....persimpangan Rasa-KKB....tunggu keretapi lalu...

Sampai di sini jea.... berpatah balik ke Bukit Beruntung....ingat nak sampai ke Dam KKB...tapi macam tak larat jea....lagi pun ada kenduri tengahari nie...

Makan snickers jea....pagi tadi pun tak sempat nak breakfast....

Kuda tua yang masih setia dan berjasa......

On the way balik...singgah kejap dekat Tasik Widuri....layan suasana pagi dekat sini....tenang tanpa pengunjung di waktu pagi...lagi pun tak ada gerai yang buka ketika ini... 

Jeti boat..... perkhidmatan boat disediakan untuk bersiar-siar mengelilingi tasik ini....tapi hanya di waktu petang sahaja....pagi tiada apa-apa aktiviti di sini....sunyi sepi sahaja...

Tenang dan damai.....

Gerai makan....hanya dibuka pada waktu petang dan malam sahaja....jika waktu malam...kawasan ini akan meriah dengan orang ramai yang datang untuk makan malam...

Tak tunggu lama....hari dah semakin panas.....

Jadi lah dapat 40km jea.....lain kali sambung lagi.....

Laluan pergi dan balik....laluan Bukit Beruntung-Rasa ini sesuai untuk training disebabkan laluan berbukit namun perlu berhati-hati disebabkan kenderaan disini laju-laju....

No comments:

Post a Comment