Friday, 26 August 2022

Family Gathering @Wadi Sungai Inki - 20 & 21 August 2022

Perkhemahan bersama ahli keluarga di Wadi Sungai Inki, Kelumpang buat kali pertamanya walaupun tidak semua adik-beradik yang dapat bersama kali ini. Ada yang langsung tidak pernah merasai suasana berkhemah dan ada juga sudah biasa sejak muda remaja dahulu. Pemilihan Wadi Sungai Inki disebabkan jarak perjalanan yang tidak berapa jauh serta suasana tapak khemah yang agak tenang serta cantik. Air sungai di sini pun bersih serta sejuk. 

Namun hari pertama disini pada sebelah petangnya hujan turun dengan lebatnya, menyebabkan paras air sungai naik mendadak. Nasib baik khemah masih lagi kekal tegak berdiri walaupun angin bertiup kencang. Semasa hendak pulang, sekali lagi hujan turun dan nasib baik sempat packing semua barang. 

Pertama kali berkhemah dengan ahli keluarga...ada yang first time berkhemah dan ada tak pernah berkhemah sebelum ini....jarang dapat berkumpul dengan adik beradik dalam suasana yang macam ini...permulaan yang baik...akan datang plan nak khemah tepi pantai pulak...nak ada kelainan sikit...

Tempat berteduh malam ini....dah beberap kali pasang khemah ini...kali ini terasa mudah sikit sebab dah tahu step mana nak buat dulu...time mula-mula pasang dulu, terkial-kial jugak nak tegakkan khemah ini...

Tapak yang disediakan besar dah muat untuk 6 buah khemah....dapat tapak yang sama seperti sebelum ini...bersama-sama mendirikan khemah sebab tengok cuaca macam nak hujan jea...

Siap pasang khemah...tapi tak lama selepas itu, hujan turun dengan lebatnya....nasib baik semuanya dah settle...tunggu hujan turun baru nak mula memasak minuman petang...

Air sungai naik dan keroh....tak boleh mandi petang ini sebab air masih lagi deras dan agak kotor berlumpur...tinggi jugak air ini,,sebab batu-batu besar semuanya tenggelam...

Tak boleh nak mandi...bahaya..air deras

Hujan dah berhenti...mula masak makanan petang...goreng keropok dengan air Nescafe panas...

Suasana di waktu malam selepas hujan berhenti...tetapi hujan mulai turun semula renyai-renyai sebelum tengah malam menyebabkan kedinginan malam amat terasa....tidur dalam sleeping bag sehingga ke pagi...

Paras air kembali normal pada pagi Ahad....tak lepaskan peluang untuk mandi-manda....air kelihatan jernih semula....syok dapat mandi...

Bergambar bersama keluarga dulu sebelum balik....bergambar di dalam hujan...nasib baik sempat lipat khemah sebelum hujan turun...2 hari di sini, 2 hari jugak hujan turun dengan lebatnya...dapat jugak merasai hujan semasa berkhemah...

Perkhemahan yang berjaya walaupun 2 hari ditimpa dengan hujan lebat...campsite Wadi Sungai Inki ini merupakan tempat yang menarik untuk berkhemah disebabkan tempat yang cantik serta tidak jauh daripada bandar KL....kemudahan yang disediakan dan keramahan ownernya juga merupakan tarikan untuk ke sini...

Tidak rugi untuk berkhemah di sini....akan repeat semula jika ada kesempatan lagi ke sini....

No comments:

Post a Comment