Tuesday 7 July 2015

Jamboree sehingga penghujung tahun.....

Jika dilihat daripada jumlah penganjuran acara jamboree pada tahun ini, terdapat jumlah peningkatan aktiviti berbasikal berbanding tahun lalu. Pelbagai penganjuran jamboree yang telah berlangsung dan dirancang dari awal tahun hinggalah ke penghujung tahun ini. Kerancakan aktiviti berbasikal ini boleh dilihat dari segi penyertaan peserta setiap kali acara jamboree diadakan. Tidak kiralah acara jamboree yang dianjurkan oleh kelab-kelab basikal, kedai basikal atau pun event management, memang sentiasa mendapat sambutan yang luar biasa.

Walaupun terdapat banyak acara jamboree yang diadakan, namun pemilihan event haruslah dilakukan penelitian supaya yuran penyertaan yang diberikan dapat memberikan kepuasan dan manafaat kepada diri sendiri. Berikut merupakan acara jamboree serta century ride yang akan disertai sehingga hujung tahun ini.... semoga diberikan kemudahan dan kelapangan agar matlamat untuk menjaga kesihatan diri serta mengeratkan lagi sillaturrahim antara rakan-rakan basikal tercapai dan dihindari diri dari perasaan takbur dan sombong....amin...


Port Dickson International Duathlon 2015
2 August 2015
Merupakan acara duathlon yang pertama kali disertai. Untuk permulaan, hanya memilih "Sprint Duathlon" sahaja...kalau OK, next year boleh masuk Full Duathlon pula....

Campaign For A Lane (CFAL) 7th Edition 2015
9 August 2015
Penyertaan kali ke-5 semenjak tahun 2011, mengelilingi Pulau Mutiara secara santai...merupakan acara yang wajib disertai setiap sambil menikmat nasi kandar selepas habis kayuhan....Nasi Kandar Hameediyah memang terbaik....!!!

#Run With Us 2015
16 August 2015
Merupakan acara berlari yang kedua yang akan disertai pada tahun ini selepas AmBank Kuala Lumpur Run 2015 pada bulan February yang lalu di Padang Merbuk Kuala Lumpur....tetapi kali ini di Dataran Putarjaya pula...

Semenyih MTB Challenge 2015
23 August 2015
Dah lama sangat tidak berkayuh di area Semenyih...kali terakhir semasa Kuntau MTB Jamboree pada tahun lepas....trek di sini memang mencabar dan terkenal dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau serta banyak pendakian....

Perlis Century Ride 2015
29 August 2015
Merupakan acara century ride yang pertama diadakan di negeri yang paling utara di semenanjung Malaysia. Kayuhan sejauh 160km yang sememangnya mencabar mental dan fizikal....

Fit Malaysia Ipoh Perak
13 September 2015
Acara Fit Malaysia yang pertama kali disertai. Walaupun bersama-sama Fit Malaysia semasa kayuhan Ghombau Century Ride di Seremban pada bulan February yang lalu.....namun kali ini masuk acara larian sahaja....

Fit Malaysia Padang MPPJ, Selangor
20 September 2015
Dengar cerita, ada kayuhan century ride semasa di Selangor nanti. Walau apa-apa pun, tunggu perkembangan dari pihak penganjur. Jika tiada, masuk acara larian sahaja lah....

LED Nite Run 2015
26 September 2015
Larian malam di I-City Shah Alam. Acara larian malam yang pertama akan disertai ini. Teruja walaupun ada plan nak masuk BSN Nite Run di Putrajaya pada bulan October nanti, namun terpaksa dibatalkan disebabkan ada kayuhan Melaka Century Ride 2015 pada keesokan paginya....takut tak larat dan tertidur atas basikal seperti di KCR.....

Mizuno Wave Run 2015
27 September 2015
Selepas layan nite run dekat I-City, pagi esoknya pulak layan larian dekat Putrajaya pulak....memang dah lama tunggu acara larian ini....

PCC Presidential Ride 2015
18 October 2015
Acara dwi-tahunan yang dianjurkan oleh PCC...pernah menyertainya pada tahun 2009 & 2011, namun tidak berkesempatan pada tahun 2013 kerana menyertai event yang lain....tetapi pada tahun ini berazam untuk menyertainya....event yang paling mencabar berbanding acara mtb yang lain...kepada yang ingin mencuba, pastikan cukup latihan dan stamina juga emosi, jika tidak pasti kecundang...

Melaka Century Ride (MCR) 2015
25 October 2015
Penyertaan kali kedua pada tahun ini....diharap pencapaian lebih baik berbanding tahun lalu...laluan trek pasti lebih mencabar dengan banyak pendakian....

Sementa MTB Jamboree 2015
1 November 2015
Acara mtb yang pertama di kawasan Klang....rasanya laluan trek adalah landai dan santai...apa-apa pun tunggu semasa hari kayuhan....

Penang Bidge International Marathon 2015
22 November 2015
Memang dah lama nak join event ini...in sya allah tahun ini ingin mencuba suatu yang baru....berlari di atas jambatan kedua Pulau Pinang pasti mengujakan....

Fire X Ride Jamboree 2015
5 December 2015
Hanya menyertai pada tahun 2011 & 2012 sahaja....selepas itu tidak berkesempatan...mungkin tahun ini cuba kembali semula ke Alor Gajah kerana trek lumpur selut tanah hitam berhampiran kilang Honda pasti sentiasa diingati....

Walaupun begitu.....masih lagi ternanti-nanti event yang hebat-hebat seperti 2nd Johor Master Century Ride dan juga Lekas Highway Challenge...diharapkan terdapat pengumuman berkaitan dengan penganjurannya tidak lama lagi.....

Namun, terdapat beberapa event yang telah dibatalkan atau tidak dapat dianjurkan. Agak terkilan apabila pihak  penganjur Terengganu Century Ride mengumumkan penarikan diri dari penganjuran TCR pada tahun ini. Tidak ketinggalan juga, Shimano Burung Hantu Nite Ride juga tidak dianjurkan oleh Enviroment Cycling Club (ECC) pada tahun ini. Dua penganjuran besar yang tidak terdapat dalam kalendar berbasikal pada tahun ini. Terdapat juga event yang dirancang namun tidak kesampaian seperti Selangor Century Ride dan Morib International Century Ride.

Diharapkan tahun hadapan kalendar berbasikal semakin ceria dan juga yuran penyertaan tidak naik walaupun harga petrol naik dan juga dengan pelaksanaan cukai GST...........Kipidap!!!

No comments:

Post a Comment