Friday 24 July 2015

Tour de Gapi-Tanjung Malim - 24 July 2015

Cuti sempena hari raya digunakan sepenuhnya dengan kayuhan berbasikal. Kali ini ber"roadbike" dari Antara Gapi ke Tanjung Malim. Kayuhan di petang hari dengan cuaca sebelumnya panas dan terik namun bertukar ke mendung apabila menghampiri kawasan Kelumpang. Cuaca gelap seperti hujan mahu turun. Basah dengan percikan air di atas jalan raya ketika sampai di Tanjung Malim.

Check pint sebelum u-turn di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), dalam keadaan hujan renyai-renyai. Singgah makan di kedai Pau "Yik Mun" sebelum kayuhan pulang. Namun cuaca sudah hampir gelap dan agak merbahaya disebabkan laluan tanpa lampu jalan raya. Terpaksa meminta bantu dari Abun untuk menjadi marshal bermotorsikal bagi memastikan keselamatan semasa kayuhan pulang. Laluan sememangnya gelap dan hanya Iskandar dan Basri sahaja yang membawa lampu hadapan.

Pada awal perancangan, kayuhan akan tamat sebelum waktu maghrib tetapi disebabkan cuaca hujan menyebabkan kayuhan menjadi perlahan dan sedikit berhati-hati. Namun, alhamdullilah semuanya selamat tiba di Antara Gapi pada pukul 8.20 malam.

Jarak kayuhan pergi dan balik sejauh 75km sahaja.....


Bergambar di persimpangan Kuala Kubu Bahru....

Basri & Iskandar....

Ber "selfie" dulu......
Bianchi Vs KHS Vs Avanti & Lappiere (MTB)....

Control Speed....30-32km/h....





Hampir sampai di Tanjung Malim.....jalan basah akibat hujan lebat yang turun....

Pintu masuk utama UPSI.....




Posing dulu.....

Berhenti rehat di kedai Pau Yik Mun.... jangan risau, dijamin Halal.....


Kayuhan pulang....hari semakin gelap....

Terima Kasih kepada Abun yang menjadi marshall kali ini.....

Jarak pergi balik sejauh 75km sahaja.... perancangan akan datang, akan berkayuh dari Antara Gapi ke Ipoh...

No comments:

Post a Comment