Sunday 26 July 2015

Tour de @Janda Baik - 26 July 2015

Hujung minggu cuti hari raya digunakan untuk berkayuh dari Hospital Orang Asli Gombak ke Janda Baik. Ini merupakan pertama kali berkayuh ke Genting Sempah pada waktu siang, jika sebelum ini berkayuh di waktu malam semasa bulan Ramadhan. Ramai rakan-rakan yang berkayuh pada pagi ini, meriah disepanjang laluan. Pelbagai basikal ada termasuklah touring dengan folding bike.

Kayuhan bermula pada pukul 8.45pagi dengan kayuhan santai menuju ke Genting Sempah. Berhenti seketika di Genting Sempah sebelum meneruskan semula kayuhan ke Janda Baik. Kayuhan menuruni bukit semasa permulaan kayuhan menuju Janda Baik dan seterusnya pendakian semasa simpang antara Janda Baik ke Bentong. Niat di hati ingin makan lempeng di sana tetapi tidak kesampaian apabila kedai masih tutup sempena cuti raya.


Pertama kali berkayuh disiang hari ke Genting Sempah....

Abun-Pak Syeikh JiwaBasikal-Iskandar-Aniq Giant-Anas-Pak Enal....

Kayuhan bermula....pendakian ke Genting Sempah tidak seteruk Fraser Hill....

Cuaca redup serta berangin....

Layan....

Ber"selfie" semasa berkayuh....

Pemandangan highway Karak...

Sampai di Genting Sempah....

Ramai rakan-rakan basikal yang sudah sampai.... suasana meriah...

Basri & Abun.....mtb sahaja...katanya tunggu project 2016....in sya allah, keluar sebijik RB....

Kalau dah sampai di GS... tak sah kalau tak bergambar di sini...

Laluan menuju ke Janda Baik....

Sampai di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar...berhampiran dengan kawasan perkelahan....

Makan tengahari...selepas gerai lempeng tutup....

Sedap jugak makanan tengahari di sini.....sedap dan murah....tauke pun peramah....

Perrrgghhh.....bantai makan durian pulak, Pak Syeikh, Pak Enal dengan Anas....aku ambik bau jea...takut berangin satu badan nanti...kayuhan masih ada separuh lagi....

Sambil menunggu dia orang habis makan durian...bergambar dengan Aniq dulu....

Sampai semula di kawasan Genting Sempah....lepas nie pendakian tarmac pacak sebelum layan downhill sehingga ke Hospital Orang Asli....

Relax dulu....

Jarak kayuhan sejauh 60km.....


1 comment:

  1. Well it's a country version of "Tour De France". Hence! I am interested to know about it.

    ReplyDelete