Sunday 10 March 2019

Kesejukan diselimuti kabus di puncak Fraser Hill - 9 March 2019

Buat pertama kalinya berkhemah dan tidur di atas puncak Fraser Hill merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Suasana malam yang sungguh dingin dan sejuk serta berkabus membuatkan seluruh badan menggeletar. Berselimutkan sleeping bag merupakan suatu kemestian. Jika tidak memang tidak boleh tidur disepanjang malam.

Kami berkhemah perkarangan Masjid Sultan Mahmud Fraser Hill disebabkan terdapat kemudahan untuk ke tandas serta mudah untuk mandi dan juga bersolat. Di awal pagi nanti akan memulakan pendakian ke puncak Pine Tree dan juga Twin Peak. Disebabkan kekangan masa dan juga jarak yang jauh untuk ditempuhi pada waktu pagi, kami mengambil keputusan untuk bermalam di atas puncak. Kedai di atas puncak tutup lebih awal dan jika hendak makan terpaksalah memasak makanan sendiri yang dibawa. Minum segelas kopi panas sambil melayan dingin sejuk serta kabus memang sungguh mengasyikkan. Jarang sekali mendapat peluang seperti ini.

Makanan malam disediakan oleh group wanita kerana mereka tidur di homestay bagi memudahkan persiapan dan keselamatan mereka. Setelah menjamah makanan malam, kami pun melepak di menara jam Fraser. Suasana yang berkabus disekitar menara jam dengan limpahan lampu jalan yang menerangi disekitarnya memang cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa amat tenang dan damai kerana suasana hiruk-pikuk di siang hari berubah menjadi sunyi apabila malam menjelma. Kami menghabiskan masa melepak di sini sambil berborak dan merancang perjalanan untuk esok.

Sebelum tengah malam, kami bergegas balik ke khemah masing-masing untuk tidur kerana keesokan paginya segala tenaga serta keringat akan diperah untuk sampai ke puncak yang dituju. Seawal pukul 5 pagi, kami mulai bangun dan mempersiapkan diri masing-masing dengan mandi serta bersolat subuh di masjid. Setelah selesai bersarapan pagi yang disediakan oleh group wanita, kami pun mula bergerak ke trail head Pine Tree bagi memulakan pendakian.   

 Tidak melepaskan peluang untuk bergambar di menara jam....tak ramai orang...tak perlu untuk berebut-rebut untuk bergambar....

Suasana tenang dan damai....terdapat 5-6 pengunjung sedang melepak di sini sambil bergambar....

Bergambar beramai-ramai dulu sebelum balik....esok nak bangun awal....malam ini kena cukup tidur...

Damai.....namun sejuk...

 Sunyi....tenang...

Hampir tengah malam....jom balik tidur...


Menumpang tidur di sini.....

Mendirikan khemah di luar perkarangan masjid....berteduh di bawah pokok untuk mengelakkan dari sinaran lampu jalan...

Setelah khemah semua di pasang..... Bilal masjid menegur kami sambil menasihatkan kami untuk berkhemah di dalam perkarangan masjid....kerana dikhuatir bagi mengelakkan gangguan binatang terutama di waktu malam....dikhabarkan bahawa pada waktu malam terdapat babi yang keluar berkeliaran untuk mencari makanan...demi keselamatan kami dia menasihatkan kami untuk berpindah ke dalam perkarangan masjid....

Pindah ke dalam perkarangan masjid bagi menjamin keselamatan di waktu malam...

Lepak sambil memasak air panas untuk membancuh air Nescafe panas.... sejuk-sejuk ini, kena air Nescafe panas sememangnya menyegarkan.... 

Suasana  diperkarangan masjid pada pukul 3 pagi.... ramai pendaki mula sampai dan ada yang sedang bersiap-siap untuk memulakan pendakian....ada yang mula seawal jam 4 pagi....dan dan juga selepas suboh....

Kami seperti perancangan awal akan bermula selepas solat suboh dan dijangkakan akan mendaki pada pukul 7 pagi...
Diberitakan beberapa kumpulan akan mendaki bersama pada kali ini dan jumlah keseluruhan lebih kurang 200 orang....ramai pendaki pada kali ini. dan suasana di dalam trek agak meriah dan crowded dengan pendaki....di atas puncak Twin Peak terpaksa bersesak-sesak disebabkan ruang yang amat terhad....

No comments:

Post a Comment