Sunday 3 March 2019

Powerman Asia Championship Malaysia Putrajaya - 3 March 2019

Kali ini merupakan penyertaan kali ke-4 semenjak menyertainya pada tahun 2016. Tempat masih sama iaitu di Dataran Putrajaya berhadapan dengan Palace of Justice. Tahun ini hanya mampu untuk kategori sprint setelah 2 tahun mencuba kategori classic. Disebabkan yuran penyertaan semakin lama semakin "keras" maka tahun ini hanya mampu kategori yang biasa-biasa sahaja.

Peserta sprint dilepaskan pada pukul 8 pagi manakala peserta classic lebih awal dilepaskan iaitu pada pukul 7 pagi. Berlari di dalam keadaan panas terik terutama semasa larian kedua memang menguji ketahanan mental.


Penyertaan buat kali ke-4 semenjak tahun 2016...
2016 - Sprint
2017 - Classic
2018 - Classic
2019 - Sprint

Bertempat di Dataran Putrajaya berhadapan dengan Palace of Justice....

Di awal pagi...seawal jam 5.30 pagi...hantar barang-barang dulu dan pump tayar...


Ramai peserta sedang menyiapakan jentera masing-masing....

Peserta Elite dan Classic dilepaskan terlebih dahulu....

Acara sprint bermula pada pukul 8 pagi...ada banyak masa lagi...boleh layan ambil gambar dulu peserta classic yang sedang berlari...

YB KJ....terbaik YB....ini baru betul-betul Menteri Belia dan Sukan...dulu pun semasa memegang jawatan pun active dengan aktiviti lasak....Ironman pun dah pernah masuk..nasib baik YB tak main game FIFA macam ada orang tuu.... pegang jawatan sekali dengan jadi role model...baru anak muda aktif bersukan...

Peserta classic meneruskan larian yang kedua....

Ada juga gambar semasa berlari
Credit to Aku,Wong

Gambar time kayuh pulak....
Credit to Jack Ah Beh....



Medal kali ini....tak nampak sangat trademark "harimau"...

Bergambar semasa mengambil goodies serta bike check in....

Bergambar bersama Babat Jr......

Berhadapan dengan Palace of Justice Putrajaya....


Result Powerman kali ini....ini sahaja yang mampu....tahun depan boleh cuba lagi...

Berjaya menghabiskan larian dan kayuhan dalam masa 2 jam 18 minit.... cuaca panas terik pada kali ini....terasa bahang mentari....

5-30-5....jumlah jarak sejauh 40km...tahun depan kalau tak ada aral melintang, masuk kategori Classic balik....

No comments:

Post a Comment