Sunday 17 March 2019

Off Road P2 E9 - 17 March 2019

Minggu ini lepas gian kayuh offroad pulak. Dah lama tak beroffroad, kali ini layan Jalan E9 Perodua jea. Pergi survey kawasan yang sedang ditarah untuk pembinaan jalan raya yang baru menghubungkan kawasan Serendah dan Telipot. Pembinaan sedang rancak berjalan dan banyak bukit-bukau di kawasan ini telah diratakan. Dulu kawasan ini merupakan laluan trek basikal namun banyak kawasan hutan dan kelapa sawit telah dibersihkan.

Pembinaan jalan raya baru di kawasan UMW High Value Park bermakna akan banyak lagi kilang akan didirikan di sini. Seiring dengan menaik taraf kawasan ini sebagai Hub Aerospace disamping sebagai Hub Automotive di Malaysia.

Di kawasan UMW High Value Park Serendah.... laluan masuk ke UMW Aerospace...

Sinaran mentari pagi....matahari sudah meninggi...bermakna hari semakin panas....

Laluan masuk ke kawasan pembinaan....

Masuk senyap-senyap...harap-harap tak kena marah dengan mat-mat indon yang sedang bekerja....

Dulu kawasan ini ada sungai dan tempat takungan air....nampak gaya macam dah pupus jea....yang tinggal hanya lopak air bertakung di kawasan ini...

Ada jugak nampak orang memancing kat sini....tak tahu lah ada ikan lagi ke tak...

Nasib baik laluan kering...maklumlah dah beberapa hari tak hujan....kalau tidak berlemui dengan lumpur...

Ambil gambar dari jauh jea....nak pergi dekat takut kena marah...banyak lori dan jentera berat sedang bergerak...



Menuju ke kawasan paling tinggi di kawasan ini...

Terdapat cerucuk yang sudah ditanam di kawasan ini...tak pasti bangunan apa yang hendak dibina....

Layan view sambil berteduh di sebalik bukit....hari semakin panas...

Duduk di tebing menghadap main road....


Tebing menghadap jalan ini telah runtuh semasa kerja-kerja meratakan tanah dijalankan...maka pembinaan tebing konkrit sedang dijalankan di kawasan ini...terdapat beberapa pekerja Indonesia yang memerhatikan aku semasa mengambil gambar disini.... 

Tebing yang telah runtuh....



Tebing konkrit yang sedang dalam pembinaan....dilihat di kawasan menghala ke Telipot, pembinaan semakin rancak dan giat dijalankan berbanding di kawasan menghala ke Jalan E9....

Jentera berat serta lori pasir sedang beroperasi....lihat dari jauh jea....


Bergerak keluar dari kawasan pembinaan....takut dikejar pulak oleh mandor....

Masuk semula ke laluan road.....menuju ke Jalan E9....

Lepak kat UMW Aerospace dulu....

Hari semakin panas....nak gerak balik dulu...

Kilang Aerospace T7 Kilgour....tak lama lagi akan beroperasi...

Layan jalan raya yang baru dibina namun belum siap sepenuhnya lagi... laluan di belakang Masjid Perodua masih belum disambungkan lagi...

Jadilah dapat layan 18km jea pagi nie.....nak layan jauh-jauh...masa terhad pulak hari ini...ade kenduri kahwin pulak lepas nie...

Elevation pun tak tinggi mana pun....tapi baju tetap basah jugak disebabkan peluh...

Kawasan yang akan menjadi titik perubahan di Bukit Beruntung dalam masa 10 tahun lagi.... pembangunan dijangka akan naik secara drastik tidak lama lagi....jika 20 tahun dulu kawasan Bukit Beruntung dikatakan sebagai kawasan jin bertendang, namun persepsi itu akan berubah tidak lama lagi... tunggu dan lihat !!!

No comments:

Post a Comment