Saturday, 13 February 2010

Kayuhan Tahun Baru Cina-13 February 2010

Sempena cuti tahun baru cina, kayuhan kali ini sekadar memanaskan badan & santai sahaja . Kayuhan pada hari ini juga adalah salah satu persediaan kami untuk ke Sri Iskandar pada hujung minggu depan. Lagi pun ramai ahli PRCC bercuti & balik kampung sempena cuti panjang tahun baru cina. Seramai 5 orang ahli (Nuar,Bard,Babat,Lim & Nazmi) dan seorang ahli P2CC iaitu Jalal telah berkayuh santai sejauh 36 kilometer. Lim yang akan menyambut tahun baru cina tetap ingin berkayuh pada hari ini.

Persediaan mental & fizikal perlu bagi mengharungi jarak 55km di Sri Iskandar nanti. 10 oarang ahli PRCC akan terlibat dalam jamboree ini nanti. Semuanya mengharapkan dapat menghabiskan kayuhan untuk jamboree kali ini kerana tidak mahu menimpa nasib malang di kayuhan Taiping pada hujung tahun lalu.



Cuaca mendung pada hari ini memudahkan kayuhan kami. Setelah melencong dari jalan utama kami hanya dihidangkan laluan road tarmac yang landai. Setelah sampai di kawasan Air Terjun Serendah, kami pun berhenti untuk menikmati pemandangan serta menghilangkan lelah.


Selepas itu kami meneruskan kayuhan melalui jalan off road menuju ke kawasan hutan di Ulu Yam Lama. Kayuhan tanpa bantu GPS agak menyukarkan. Disebabkan tidak merancang untuk kayuhan secara lasak, kami pun tidak membawa alat GPS. Setelah mendaki laluan berbatu, kami pun mengambil keputusan untuk berpatah balik.
Kami berehat dikawasan air terjun untuk bersarapan pagi di tepi sungai. Stelah kenyang aku dan Nazmi tidak melepaskan peluang untuk mandi di kawasan air terjun. Airnya sungguh sejuk dan dingin. Setelah puas berendam kami pun bersiap sedia untuk pulang.

Dalam perjalan pulang, kami pun singgah di "kedai nasik lemak bawah pokok ceri" di Serendah. Sekadar minum dan berborak-borak dan kayuhan kami tamat pada pukul 11.45pagi.

No comments:

Post a Comment