Sri Iskandar MTB Exploration membuka tirai jamboree pada tahun ini. Jarak perjalanan lebih kurang 250km dari Bukit Beruntung melalui PLUS Highway. Kami seramai 9 orang 8 orang ahli PRCC yang terdiri dari Nuar,Bard,Babat,Ain,Azam,Wak,Josh & Nazmi telah menyahut cabaran ini. Dua rakan kami tidak dapat menyertai jamboree kali ini disebabkan oleh masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan. Kami seramai 3 buah kereta bertolak pada pukul 12.35 tengahari menuju ke Sri Iskandar. Dipertengahan jalan kami telah berhenti rehat di Hentian R&R Tapah untuk makan tengahari. Setelah semua selesai kami menuruskan perjalanan dan menyusur keluar melalui Exit Simpang Pulai.
Hentian Rehat & Rawat Tapah
Kellies Castle... Batu Gajah Perak
Kellies Castle merupakan salah satu daya tarikan pelancong di negeri Perak. Istana yang masih belum siap sepenuhnya menjadi daya tarikan disebalik kisah lagendanya. Istana yang di bina oleh seorang pekebun Scottish yang bernama Willian Kellie Smith pada tahun 1890. Istana yang dibina untuk isteri dan anaknya, Anthony. Tetapi pembinaan istana mengalami kesukaran disebabkan oleh menularan wabak “Spanish Flu” selepas Perang Dunia Pertama. Ramai pekerja-pekerja ladang & pembinaan telah mati disebabkan oleh wabak tersebut. William Kellie Smith telah meninggal semasa pelayaran ke Portugal pada tahun 1926.
Seterusnya kami pun sampai di Sri Iskandar pada pukul 2.50 petang. Kami terus menuju ke MRCB Sales Office untuk meangambil goodies. Setiba di sana, ramai rakan-rakan basikal telah sampai dan menunggu. Berlaku sedikit kekecewaan apabila diberitahu bahawa jersey size “XXL” dan juga “M” telah kehabisan stok. Trauma di Taiping menerjah ke benak hati kami semua. Adakan insiden di Taiping akan terjadi semula di Sri Iskandar.
Sampai di MRCB Sales Office... untuk mengambil goodies..
Kami diarahkan untuk datang pada sebelum malam untuk mengambil jersey tersebut. Dengan hampa, kami pun menuju ke homestay di Taman Univeristi Sri Iskandar. Setelah urusan dengan pemilik homestay selesai, kami pun mengeluarkan segala kelengkapan dari dalam kereta dan seterusnya berehat setelah 4 jam memandu kereta. Disebelah malamnya, seperti yang dijanjikan, kami semua pergi semua untuk mengambil goodies. Tetapi perasaan hampa sekali lagi apabila diberitahu bahawa jersey masih tidak dapat diberikan atas masalah teknikal. Pihak penganjur berjanji akan mengeposkan semua jersey tersebut. Alamat pun diberikan dan kami pun menuju ke restoran untuk makan malam.
Menunggu jersey yang belum dapat....hampa...
Atas dasar kepercayaan kami berharap pihak penganjur akan menunaikan segala janji mereka. Pada malamnya, kami tidur awal kerana cabaran pada keesokan harinya pasti mencabar dan mengetirkan. Tunggu laporan untuk Part 2 selepas ini…. suka duka dan pahit getir semasa kayuhan jamboree…..
No comments:
Post a Comment