Monday, 17 February 2014

Jamboree Bernilai....... 16 February 2014

Nilai MTB Jamboree 2014 telah berlangsung di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Nilai telah disertai oleh seramai lebih kurang 1200 orang. Acara ini juga dikenali sebagai Jamboree Bernilai dan julung kalinya diadakan di pekan Nilai serta mendapat kerjasama daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Laluan trek disediakan memang antara yang terbaik walaupun jalan berpasir dan berdebu akibat hujan yang sudah lama tak turun. Namun pengurusan acara serta water point di setiap station agar hambar dan banyak kelemahan. Boleh dikatakan antara jamboree yang tidak mempunyai marshall di dalam trek, bantuan pertolongan jika berlaku kemalangan yang lambat tiba serta kekurangan air di setiap water station yang memberikan tamparan hebat kepada setiap peserta dengan keadaan cuaca yang panas ketika ini.

Jika pihak penganjur masih berminat untuk mengadakan jamboree ini sekali lagi pada tahun hadapan, diharapkan segala teguran dari peserta diambil kira bagi memperbaiki mutu sukan berbasikal di negara kita.

Distance : 30.6 Kilometers
Moving Time : 2 hours 20 minutes
Stopped Time : Zero
Max Speed : 53.9 km/hour
Moving Avg : 11.5 km/hour

HR Avg : 163
HR Peak : 180
Energy : 2609 kcal
TE : 5.0

Kayuhan bernilai....

Solo rider kali ini....


Anak-anak sebagai peneman kali ini...

Peserta di garisan permulaan....





Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi...

Laluan road mengeliling taman perumahan di sekitar Nilai Spring....

Laluan road sejauh 6 kilometer...

Laluan offroad bermula....


Kesesakan di awal laluan offroad....

Climbing....


Pendakian di ladang kelapa sawit pulak...


Check Point yang pertama....diatas puncak bukit


Lintasan terowong highway PLUS....

Pendakian lagi....

Laluan menuju penamat di sekitar USIM.....

Garisan penamat.....

Sampai di garisan penamat sambil disambut oleh anak-anak....



Laluan sejauh 30km....

No comments:

Post a Comment