Sunday, 2 February 2014

Kayuhan Maverick @FRIM - 2 February 2014

Minggu ini kayuhan santai di FRIM, Kepong sempena merasmikan basikal baru Afitz...Maverick Pro...Kayuhan seperti biasa bermula di Hospital Kusta Sungai Buloh dan kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi. Hanya kami bertiga (Babat,Fairuz,Afitz) sahaja semasa awal kayuhan dan bergabung dengan Nuar bersama Sungai Buloh Old Timer (SBOT) di kawasan gerai makan di Center Point FRIM.

Laluan yang dilalui adalah Tongkat Ali Trail-Pinus Trail-Helipad @Pinus Peak Bukit Hari-Syabas Trail-Pacat Trail-Hospital Sg.Buloh. Kayuhan kali ini juga sempena meraikan Fairuz yang telah lama tidak berkayuh di FRIM semenjak berhijrah ke Melaka, jika tidak trail ini merupakan trek kayuhan mingguan semasa beliau di sini.

Maverick Pro...memang mengancam....


Laluan road menuju FRIM....

Seperti biasa....berihat sebentar di kaki Bukit Steroid @Tongkat Ali Trail... 


Laluan mendaki di Steroid...


Layan Pinus Trail pulak...

Mendaki ke puncak Helipad....


Waaa....sampai jugak ke puncak....letih betul kali ini...


Laluan hutan menuju Center Point FRIM....

Sarapan pagi dulu....berjumpa dengan Nuar dan SBOT....

Lepas kenyang....panjat Syabas Trail pulak....mendaki di laluan tarmac memang cukup meletihkan...


Relax dulu....

Laluan menuju Pacat Trail pulak....

Laluan yang sememangnya kena tolak basikal.....

Wahhh....letihnya...

Letih menolak basikal....

Sampai jugak....

Layan downhil.... laluan kering dan berpasir....

No comments:

Post a Comment