Sunday, 15 June 2014

1MK Urban City Adventures 2014 - 15 June 2014

Minggu ini kayuhan santai disekitar bandaraya Kuala Lumpur sempena kayuhan 1MK Urban City Adventures 2014 yang telah berlangsung di Plaza Mont Kiara, Damansara. Kayuhan sejauh 33km ini telah mendapat sambutan lebih kurang 1000 orang peserta. Peserta kayuhan telah dilepaskan oleh YB Tengku Adnan selaku Menteri Wilayah Persekutuan pada pukul 8.15pagi.

Laluan road yang disediakan adalah 85% berbukit dan selebihnya landai. Memang tak santai pun sebenarnya. Banyak bukit yang perlu didaki terutama di kawasan Bukit Bandaraya. Laluan bermula di Plaza Mont Kiara menuju Bukit Kiara-Pusat Sains Negara-Bukit Bandaraya-Bukit Bangsar-Bukit Aman-Bukit Tungku dan seterusnya balik semula ke Plaza Mont Kiara.  


Seronok jugak dapat berkayuh disekitar Kuala Lumpur.....

Solo kali ini....

 
Berkumpul di Plaza Mont Kiara....



Peserta delepaskan oleh YB Tengku Adnan, Menteri Wilayah Persekutuan...

Awal-awal dah climbing....


Menuju Solaris Mont Kiara....


Laluan di Desa Seri Hartamas.....

Menuju Pusat Sains Negara....


Melalui Bangunan Kerajaan Persekutuan di Damansara.... 

Kawasan rail MRT tengah rancak dalam pembinaan...

Balai Berita, Berita Harian NST..... Water Station...


Refill air dulu....sambil  makan buah epal...


Jalan Traves menuju pusat bandar...

Menuju Bukit Aman dan seterusnya Taman Tasik Perdana-Tugu Negara & Bukit Tunku....

Melalui Solaris semula.....

Menuju pulang....

Sampai di garisan penamat....


Medal yang menarik....


Sekali-sekala seronok jugak berkayuh di dalam kawasan bandar......

No comments:

Post a Comment