Monday, 9 June 2014

Kuntau MTB Carnival 2014 - 8 June 2014

Minggu ini layan MTB pula di Kuntau MTB Carnival 2014 di Taman Tasik Kesumba, Beranang. Acara jamboree kali kedua yang telah dianjurkan oleh Kuntau setelah berjaya menganjurkannya pada tahun 2012. Setelah berehat setahun, kali ini muncul kembali lagi dengan lebih extreme. Jika dulu tema "Bukit Kepong" menjadi pilih, namun kali ini tema "lanun" ala-ala "Pirate of Caribbean" menjadi pilih.

Lebih kurang 1200 menyertainya pada kali ini dengan laluan yang lebih mencabar berbanding sebelumnya. Laluan yang disediakan memang menguji ketahanan fizikal dan mental dengan pendakian yang banyak serta mengharungi sungai sambil menolak basikal dan pendakian yang cukup memeritkan sehingga ke puncak. Walaupun bagaimana pun, trek yang disediakan memang cukup mantap dan hardcore.

Namun, perlepasan yang lewat pada pukul 8.30 pagi mungkin boleh diawalkan sedikit disebabkan jarak trek yang panjang iaitu 44km dan dengan cuaca yang panas ketika ini.



Bersama Fairuz sekali lagi.....

Perlepasan yang agak lewat sehingga matahari mula menyinar....



Kayuhan bermula pada pukul 8.30 pagi....

Traffic jam semasa mula memasuki laluan offroad....

Ramai rider membuat laluan trek masing-masing.....akibat tidak mahu menunggu 

Laluan yang sempit diawal kayuhan memang mengundang kesesakan....


Pendakian di laluan concrete....

Yang kuat kayuh....yang tak larat, tolak sahaja....

CP 1.....


Meredah sungai sambil menolak basikal....

Amazon Trail....kayuhan di dalam sungai....



Singletrek teknikal di dalam hutan....

Laluan yang memeritkan.....menolak basikal sehingga sampai ke puncak...

Laluan ladang sawit menuju ke garisan penamat...

Sampai di garisan penamat....



Puncak paling tinggi....858.7ft...

Laluan sejauh 44km yang cukup mencabar.....

2 comments:

  1. Lagi hardcore dr trail ARB ni kot...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama hardcore....yang penting layan jea...kayuh pelan-pelan akhirnya sampai jugak....ARB trek pun terbaik jugak....

      Delete