Setelah semuanya siap, kami bergerak ke King Kong Hill dimana perjalanan mengambil masa lebih kurang 35 minit dengan melalui kawasan berpasir di Gunung Bromo sebelum mendaki ke kawasan matahari terbit.
Pemandangan yang sungguh cantik semasa terbit mentari....
Bergerak ke King Kong Hill seawal jam 3.30 pagi melalui kawasan berpasir di Gunung Bromo sebelum mendaki sehingga ke puncak...
Untuk melihat matahari terbit di Bromo, terdapat 3 tempat pilihan disediakan, kami di puncak pertengahan iaitu di King Kong Hill....kawasan tertinggi terdapat di sebalik bukit dan selalunya dipenuhi dengan pelancong...kami memilih kawasan yang tidak ramai pengunjung dan berhampiran dengan laluan trail yang akan kami lalui pada hari ini...
Sampai di kawasan melihat matahari terbit....masih belum ramai lagi pengunjung ketika ini....
Woow....cuaca sejuk...layan kopi secawan dulu.... secawan kopi berharga 2000Rp...lebih kurang 0.60sen duit Malaysia....
Suasana semakin terang....matahari sudah mula bersinar...namun suasana masih sejuk dan dingin...
Takjub dengan ciptaan Allah....
Selepas menghabiskan masa lebih kurang sejam setengah, kami pun bergerak turun dengan jeep untuk bersarapan pagi di warung sebelum memulakan kayuhan pada hari ini....
No comments:
Post a Comment