Laluan kali ini memerlukan keberanian dan kemahiran disebabkan trail yang sememangnya licin dan basah. Sekali-sekala ada rakan-rakan Prima yang tertonggeng dan tergolek di tepi lurah gaung.
Setelah selesai melihat matahari terbit.....turun semula dari puncak dan bersarapan pagi di gerai sebelum memulakan kayuhan...
Sarapan pagi bagi mengalas perut sebelum menuruni laluan downhill di celah-celah kebun sayur...
Pak Antony dan Pak Indra menyiapkan basikal kami sambil meletakkan minyak rantai semasa kami sedang bersarapan...
Kayuhan downhill pun bermula....
Pemandangan di pergunungan memang mengasyikan...
Banyak berhenti untuk mengambil gambar....sebab banyak pemandangan yang cantik-cantik untuk diabadikan sebagai kenangan....
Layan downhill sampai lebam....lengguh semua tangan menekan brake....
Di tepi kebun sayur...tanaman ubi kentang dan juga sayur kobis serta lobak....
Aksi di kebun sayur....
Dengan kepakaran Pak Antony...berjaya memperbaiki semula clip yang tertanggal dengan menampal tapak tersebut dengan plastik bekas menyimpan tools beliau...memang kreatif dalam keadaan darurat...
Layan....
Gambar sakan tak ingat....
Downhill semula.... layan tak ingat....turun berdesup-desup...
Terserempak dengan rider dari Bandung yang berkayuh datang ke Gunung Bromo...
Aksi tertonggeng bermula....selepas ladang epal...laluan menjadi semakin licin dan kerap tergelincir...
Ramai yang terjatuh di laluan ini.....
Hamdi terhumban ke dalam gaung....nasib baik dapat diselamatkan...
Nasib baik tiada kecederaan serius....
Layan laluan road sejauh 3km sebelum masuk semula ke laluan offroad pokok pine....
Rehat dulu....bagi peluang rakan-rakan yang merokok untuk berasap dulu....
Layan trail pokok pine pulak....trail ini merupakan trail untuk "all mountain" dan terdapat ramp lompatan disini untuk mereka yang berani mencuba....
Berehat seketika....
Ceria bersama Pak Indra....seorang yang lemah-lembut dan banyak membantu semasa berada di dalam trail...
Berada di dalam trail all mountain...terdapat juga ramp bagi mereka yang berani untuk melompat...
Dapat secawan teh panas memang menyegarkan....terasa nikmat sambil menikmati pisang goreng panas...
Lepak rehat dulu....sambil melihat rakan-rakan yang teruja untuk melompat...
Terbang seperti rider pro....
Setelah selesai....kayuhan diteruskan ke laluan singletrail yang cukup menarik dan berteknikal...sampai ada yang "overshoot" di celah-celah pokok....
Pit Stop terakhir.....berhenti untuk makan tengahari....
Nasi putih, sambal dan sup daging...kalau dah lapar, semuanya nampak menyelerakan...
Terbaik...perut dah kenyang....
Semua tersandar kekenyangan....memang enak sekali...
Berkemas dan loading basikal ke dalam lori....menuju ke arah Malang untuk satu lagi trail bonus....
Namun agak kecewa apabila hujan turun dengan lebatnya semasa berada di Malang....hasrat untuk melayan trail bonus terpaksa dilupakan....mengubah rancangan ke kedai basikal dahulu sebelum menuju ke Guest House...
Laluan trail sejauh 33km yang penuh dengan singletrail dan berteknikal serta downhill yang menarik...
Trek Tutur Welang ini merupakan salah satu trial yang paling digemari oleh pengayuh sepeda di kawasan Malang...
No comments:
Post a Comment