Laluan lebih mencabar sedikit jika dibandingkan dengan Seremban Half Marathon pada minggu lepas. Banyak pendakian pendek di kawasan perumahana di sekitar Petaling Jaya.
Pertama kali menyertainya....dan pertama kali berlari di sekitar Petaling Jaya...
Minggu lepas di Seremban....minggu ini di Petaling Jaya pulak....
Peserta 30Km dilepaskan dahulu pada pukul 4.45 pagi....ketika ini peserta baru menghabiskan larian sejauh 3km di sekeliling Dataran Petaling Jaya....
Lebih kurang 4,000 peserta 30Km yang telah memulakan larian di awal pagi....
Nasib baik sempat sampai ke starting line sebelum flag off pada pukul 5.15 pagi....terpaksa parking kenderaan lebih kurang 1.5km dari tapak event disebabkan parking yang terhad dan terpaksa park di tepi bahu jalan di kawasan perumahan...
Berada di kelompok terakhir...menunggu pelepasan pada pukul 5.15 pagi...
Lebih kurang 4,000 peserta untuk kategori Half Marathon.....
Cuaca dah terang.....ketika ini di KM16... semasa mendaki di kawasan perumahan....
Muka barai.....penat kali ini....lebih mencabar dari Seremban HM.....banyak pendakian yang pendek-pendek tetapi curam.....
Di hadapan Hospital Columbia Petaling Jaya.....mendaki dan terus mendaki....
Tak larat kita jalan jea.....
Matahari dah mula menyinarkan cahayanya.....
Dah nak sampai dah nie....
Menuju ke finishing line....TQ @AKU,WONG...ada jugak gambar time lari....
Alhamdullilah.....selamat sampai di finishing line tanpa sebarang kecederaan....
Penuh peserta di sekitar Dataran Petaling Jaya.....
Seperti biasa...tidak menunggu lama, terus balik selepas selesai mengambil goodies finisher....
Medal seperti replika jam randik.....berat dan padu....design yang menarik....
Laluan sekitar Petaling Jaya....laluan sedikit mendaki dipermulaan larian dan seterusnya dipertengahan sehingga ke akhir...
Pendakian di taman perumahan agak menguji ketahanan fizikal dan mental.... terdapat juga jeritan serta makian dari pengguna jalan raya yang lain disepanjangan larian ini diadakan, mungkin rasa tidak puas hati dikalangan pengguna yang lain disebabkan jalan di tutup serta perjalanan terhenti disebabkan memberikan laluan kepada peserta....
Jeritan "bodoh" kepada peserta semasa berbaki 3km lagi memang cukup jelas kedengaran.... situasi ini memang kerap kedengaran jika acara ini dilakukan di tengah bandar yang menyebabkan kesesakan lalu lintas walaupun acara ini diadakan di pagi hujung minggu...
Diharapkan tidak dimaki lagi pada minggu hadapan di "Score Run" pulak.....
No comments:
Post a Comment