Monday, 23 July 2018

Score Run Day 2018 - 22 July 2018

Score Run Day di Dataran Merdeka setelah terlepas peluang untuk berlari di Score Run Night di Putrajaya pada bulan May yang lalu. Dua acara score run untuk tahun ini dan penyertaan mencecah seramai lebih kurang 25,000 orang. Terdapat beberapa kategori yang dipertandingkan seperti Half Marathon, 13Km dan 5Km. Larian HM bermula pada pukul 5.30 pagi manakala 13Km pada pukul 6 pagi dan 5Km pada pukul 7pagi.

Laluan kali ini agak luar biasa berbanding dengan event-event lain yang pernah diadakan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Laluan kali ini boleh dikatakan 70% menggunakan laluan berpatah balik yang boleh menyebabkan mental menjadi koyak apabila melihat peserta lain sudah berpatah balik. Baki 5km pula merupakan laluan mendaki di sekitar Padang Merbok yang menyebabkan moral semakin down.

Jika tahun lepas dah register tapi tak jadi pergi sebab nak panjat Gunung Bunga Buah...tahun ini alhamdullilah merasa juga untuk berlari di Score Run walaupun Score Run Night tak dapat nak pergi...


Bermula di Dataran Merdeka...lebih kurang 10,000 orang peserta HM menyertai acara pada kali ini....

Bersama Champ Ultra Apiz....mampu follow 5km yang pertama jea...lepas tuu "ke laut"...

Flag off pada pukul 5.30 pagi.....

Pusingan u-turn di hadapan....selepas Pejabat Perhutanan Malaysia.... berbaki lagi 2km sebelum melintasi finishing line...

Muka dah pewaii time nie...barai nak layan bukit terakhir nie....mental dah koyak...

Berjaya juga sampai di finishing line.....alhamdullilah tanpa sebarang kecederaan...

Ramai peserta di kawasan Dataran Merdeka....


Tempat medal collection....melihat peserta yang baru sampai....

Letih rasanya....semalam berlari dan pagi nie sambung lagi...rasa macam barai jea...

Champ Apiz....katanya, medal road yang pertama untuk tahun ini...selalunya trail jea...

Koleksi medal yang seterusnya....jika ada medal Score Run Night, boleh digabungkan...

Panjang sangat laluan berpatah balik....tak ada laluan loop....

Elevation untuk last kilometer tuu memang mental....pendakian panjang dalam keadaan sudah nyawa-nyawa ikan dan mental dah koyak....

No comments:

Post a Comment