Sunday, 30 August 2020

Solo Ride @Loop Bukit Beruntung - 30 August 2020

 Kayuhan solo mengelilingi Bukit Beruntung dengan bermula dari Bukit Sentosa menuju HQ Perodua-Sungai Choh-Serendah-Antara Gapi-Batang Kali-Ampang Pecah-KKB-Rasa-Bukit Beruntung. Jarak kayuhan sejauh 65km sahaja. Ingatkan boleh dapat 80Km mileage untuk ride kali ini, namun hanya 65Km sahaja. Tak ramai terserempak dengan ride pagi ini, mungkin ramai yang bercuti bersama keluarga. Hanya berselisih dengan 3 atau 4 orang pengayuh sahaja. Cuaca pada pagi ini agak cerah serta panas.


Jadilah untuk kayuhan kali ini.....kena banyak training lagi...

Laluan menuju ke Petronas KKB yang baru....berhenti lepak di sini...setelah berkayuh sejauh 40Km tanpa henti...

Mandi peluh pagi ini....

Jentera lama yang masih lagi berkhidmat....belum ada plan lagi nak tukar basikal baru...maintain apa yang ada jea...

Di awal pagi di stesen minyak Petronas....lenggang lagi...mungkin hari masih awal lagi...

Tengah lepak bersarapan pagi dengan roti jagung dan air coklat....datang kucing yang sedang kelaparan....bagi roti pun dia makan jugak...

Ingatkan kucing jea yang lapar...anjing ini pun lapar jugak...bagi roti pun dia makan jugak...nampak lapar sangat...

On the way balik...singgah sekejap di Tasik Widuri....melihat apa yang menarik di sini....ada aktiviti sukan air di sini...terdapat perkhidmatan untuk berkayak kepada penggunjung....boat juga disediakan untuk mengelilingi tasik ini...

Nak bersarapan pagi pun boleh disini....ada gerai untuk bersarapan sambil bersantai di tepi tasik.... 

Next time boleh cuba sukan air di sini...nampak menarik...

Balik dulu...hari dah panas....


Cukuplah dapat 65Km jea.....next time kasi up mileage lagi....

Next ride.....nak kayuh di Titi Peres pulak....dah lama sangat tak berkayuh di sana....

No comments:

Post a Comment