Hampir 2 bulan tidak berkayuh basikal akibat kecederaan pada lutut, namun minggu ini digagahkan juga untuk berkayuh dari Bukit Beruntung sehingga ke Sungai Chilling. Kayuhan santai sambil mengembalikan semula stamina setelah lama berehat. Cuaca mendung di awal pagi namun agak panas ketika tengahari. Walaupun terdapat rakan kayuhan yang mengajak untuk berkayuh ke puncak Fraser Hill, atas faktor kurang latihan terpaksa menolak pelawaan tersebut bagi mengelakkan kesengsaraan serta keazaban ketika mendaki nanti.
Kayuhan bermula seawal jam 7.20 pagi disebabkan terdapat hal penting untuk dilakukan lepas Zohor nanti dan kayuhan perlu dihabiskan awal. Ramai rakan kayuhan yang berkayuh ke Fraser Hill pada pagi ini. Meriah suasana semasa berkayuh.
Semasa di Sungai Chilling....rakan lain meneruskan kayuhan sehingga puncak Fraser....manakala aku berpatah balik menuju ke Bukit Beruntung....lain kali lah naik Fraser Hill....minggu ini tak bersedia lagi...stamina masih lagi teruk...
Port biasa....di persimpangan Rasa-KKB...lepak rehat dulu....letih melayan roller coaster...tercunggap-cunggap dibuatnya...
Tak banyak kenderaan pada pagi ini.....
Tunggu keretapi lalu...tapi tak lalu-lalu pun.....
Berjumpa dengan Basri serta Man Gapi & the geng di Pekan KKB.....dia orang menuju ke Fraser Hill...laju-laju dia orang nie...tak terkejar dibuatnya...
Pintu masuk Empangan Kuala Kubu Baru...penat setelah melayan climbing...lepak rehat dulu...nak putus nyawa nie....
Zip baju pun dah buka......nampak sangat dah pewaiii.....baraiii.....
Lepak rehat dulu.....
Basri...muka macam tak letih pun....maklumlah tiap-tiap minggu training....
Lepak dekat gerai Sungai Chilling...parking kereta penuh walaupun kawasan perkelahan di Sungai Chilling masih lagi ditutup untuk orang ramai....ramai yang mandi di sungai berhampiran dengan empangan....
Minum-minum dulu....
Berpisah di sini....setelah bersarapan pagi dengan air 3 In 1 Mocha panas dengan burger ayam....perut memang dah lapar....kayuhan balik pasti lebih sengsara disebabkan hari sudah panas....
Jambatan Pertak.....ramai lepak di atas jambatan ini sambil memancing.....
Paras air di empangan masih lagi maksimum.....syukur alhamdullilah....hujan yang kerap turun sejak akhir-akhir nie....cukup sekadar kali ini.....next week kayuh lagi....harap-harap lutut semakin pulih...
No comments:
Post a Comment