Friday, 23 April 2021

PKPB Offroad Nite Ramadhan @Bukit Tagar - 23 April 2021

Setelah sekian lama tidak berkayuh malam terutama di malam bulan Ramadhan, namun kali ini berpeluang untuk berkayuh bersama rakan kayuhan di sekitar Bukit Beruntung. Kayuhan yang pada mulanya kurang mendapat respon namun akhirnya seramai 29 orang pengayuh berkayuh pada malam ini. Kayuhan bermula di Kedai Ajis menuju ke Rasa dan seterunya laluan offroad menyusuri Sungai Selangor sehinggalah ke SKC MK Land dan seterusnya menuju semula ke Bukit Beruntung. Kayuhan santai tetapi bertenaga. Ramai yang berstamina pada malam ini dengan memecut laju sambil membelah kegelapan malam dengan lampu rechargeable masing-masing. Terang-benderang di dalam trek sambil mengelak lopak-lopak air yang terdapat di sepanjang laluan.

Kayuhan tamat pada pukul 12.45 tengah malam, sambil melepak di Restoran Alinas Bukit Beruntung untuk minum menghilangkan dahaga. Harap-harap ada lagi kayuhan malam disepanjang Ramadhan ini. Boleh jugak melepaskan gian untuk berkayuh.

Kayuhan offroad di waktu malam yang sudah lama tak buat....tahun lepas masa PKP memang tak buat...tapi tahun sebelum tuu pun tak buat jugak...rasanya dah lama tak berkayuh di waktu malam terutama di bulan Ramadhan.... jika tidak memang kerap dikayuh di waktu malam....kayuhan Burung Hantu Nite Ride dah tak ada...semangat jadi kurang...

Seramai 29 orang pengayuh pada malam ini....semuanya bersemangat untuk berkayuh bersama-sama....ada jugak yang first time berkayuh offroad..

Bergambar dulu sebelum memasuki laluan offroad....

Berkumpul di bus stop Anggerik dulu....ramai rakan-rakan yang masih belum sampai lagi...

Relax dulu.....tunggu yang lain sampai dulu baru bergerak untuk berkayuh...

Kayuhan bermula pada pukul 10.30 malam.....tak sangka ramai pulak yang berkayuh pada malam ini...

Sampai di Jambatan Rasa berhampiran dengan ladang ternakan ayam...berkumpul dulu sebelum memasuki laluan offroad....kira balik jumlah pengayuh sekali lagi sebelum memasuki offroad bagi memastikan tiada siapa yang tertinggal semasa di dalam trail nanti...

Relax dulu.... tunggu rakan-rakan lain sampai dulu...letih melayan "dragon back" disepanjang laluan Rasa-Bukit Beruntung ini....

Banyak jugak kenderaan yang lalu-lalang di sini...kena berhati-hati disebabkan jalan di sini agak sempit...

Lepas ini layan offroad pulak....best...dah lama tak berkayuh malam...rasa teruja pulak...

Kayuhan offroad pun bermula....memang best layan trail ini disebabkan agak santai tanpa banyak pendakian yang memenatkan....

Tak banyak gambar semasa di offroad...maklumlah malam...tak berapa nampak sangat...

Akhir kayuhan....lepak dekat Restoran Alinas Bukit Beruntung...nasib baik masih lagi buka...banyak jugak kedai dah mula tutup....pukul 12 tengah malam, banyak kedai yang dah tutup walaupun kebenaran diberikan sehingga pukul 4 pagi...

Lepak untuk minum jea...hilangkan dahaga ...nak sahur masih awal lagi....

Cukup lah dapat mileage 35km untuk malam nie...lagi pun dah lama tak berkayuh....tapi dapat lepaskan gian untuk berkayuh malam ini pun dah kira cukup...

Next time kayuh malam lagi....dah lama tak beroffroad malam di Prima Beruntung....jika dulu setiap bulan Ramadhan pastinya akan berkayuh di sana....rindu rasanya saat-saat yang telah berlalu...

No comments:

Post a Comment