Hanya berlima sahaja pada malam ini namun terdapat juga pendaki lain yang berada di atas puncak. Semasa memulakan pendakian pada pukul 11 malam terserempak dengan pendaki yang baru turun. Namun disepanjang berada di atas puncak terdapat lebih kurang 20 orang pendaki yang baru sampai. Pendakian tidak terlalu extrem, hanya santai sambil meredah kegelapan malam. Jarak pendakian sampai ke puncak lebih kurang 1.6km dari tempat parking kenderaan yang mengambil masa tidak lebih dari satu jam. Sebelum pukul 12 tengah malam, kami telah sampai ke puncak. Di atas puncak sambil melayan view pemandangan, sempat juga melayan Astro Go cerita 16 Puasa arahan cerita Mamat Khalid. Walaupun cerita tersebut sudah lama disiarkan, namun gelak-tawa dan kelakarnya masih tetap terhibur. Setelah 2 jam berada di puncak, kami mulai turun pada pukul 2 pagi dengan keadaan lalu lintas di Rawang Bypass yang semakin lenggang tanpa kenderaan. Sekali-sekala terasa sunyi dan sepi.
Dah lama tidak hiking....walaupun hanya santai namun tetap berpuas hati...harap-harap selepas ini boleh bau hutan dan mendengar unggas hutan semula....
Laluan di bawah Rawang Bypass....tak pasang lampu jalan pulak...gelap tanpa cahaya....suasana kurang menarik....tak pasti sebab nak jimatkan elektrik atau sebab lain...tak semua lampu di pasang disepanjang laluan bypass....
Terpaksa tunduk di laluan ini....konkrit jalan yang rendah tetapi masih lagi boleh melalui kawasan ini...
Melintasi longkang besar....ada titi kayu yang disediakan....hati-hati...batang kayu lincin dan basah...
Pendakian tangga di dalam longkang.....mendaki di dalam longkang sambil berhati-hati disebabkan licin dan berlumut...
Terdapat tali yang disediakan bagi memudahkan para pendaki untuk mendaki di dalam longkang ini....ini disebabkan keadaan longkang yang agak curam serta licin...
Mendaki lagi.....tidak seteruk macam....beginner pun boleh cuba....
Sampai di atas puncak.....lepak sambil berehat dan melayan view di sekitar pekan Rawang.....indah sungguh permandangan di waktu malam....
Rawang Bypass tak buka lampu jalan.....tak berapa menarik bergambar tanpa limpahan sinaran lampu jalan disepanjang laluan Rawang Bypass......
Pekan Rawang.....
Layan view sambil dilimpahi dengan sinaran bulan yang agak cerah pada malam ini....
Hanya lampu kenderaan yang ada...tanpa lampu jalan....
Pemandangan di sekitar pekan Rawang.....
David bersantai dengan kerusi...manakala Josh sibuk memasak air panas untuk membuat air teh panas....
Lepak layan sambil minum teh panas.....cuaca cerah malam ini....bulan terang dan banyak bintang di langit...
Sambil makan layan tengok cerita 16 Puasa dulu....lawak betul cite nie walaupun dah lama keluar tapi tetapi layan...
Suasana pekan Rawang pada pukul 2 pagi....masa untuk turun....ada group lain yang baru sampai....mungkin dia orang nak bersahur atas puncak....
Kenderaan dekat Rawang Bypass pun dah mula lenggang....jalan semakin sunyi....kadang-kadang baru ada kenderaan yang lalu-lalang...sampai di kenderaan pada pukul 2.50 pagi dan terus bergerak balik ke Bukit Beruntung....
Puas hati dapat mendaki pada kali ini...minggu depan plan nak mendaki di Bukit 2Ringgit pulak....nak masak-masak kat atas tuu sampai ke sahur....
Laluan dari Bukit Rawang Perdana menuju ke puncak Bypass Rawang....sebenarnya ada satu lagi laluan jika hendak ke puncak...tetapi kena masuk dalam terowong dan keadaan laluan lebih curam serta sedikit merbahaya....
No comments:
Post a Comment