Kayuhan malam di bulan Ramadhan di sekitar Bukit Beruntung disebabkan oleh perintah pergerakan PKP yang telah dikuatkuasa disesetengah daerah di Selangor. Nasib baik daerah Hulu Selangor masih kekal dengan status PKPB manakala daerah lain yang bersebelah seperti daerah Gombak telah dikenakan sekatan PKP. Hanya dua daerah lagi iaitu Sabak Bernam serta Kuala Selangor masih kekal PKPB. Nanti lepas Hari Raya hanya boleh berkayuh di sana sahaja. Tetapi daerah Hulu Selanghor ini besar, banyak laluan yang masih boleh berkayuh.
Kayuhan pada malam ini hanya berdua dengan Anas. Ini bagi mematuhi arahan SOP yang menghadkan hanya dua orang sahaja yang boleh berkayuh bersama. Laluan kali ini bermula dari Bukit Beruntung ke Rasa-Sirim-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-Sungai Choh dan balik semula ke Bukit Beruntung. Niat dihati hendak ke Kuala Kubu Bahru, tetapi disebabkan banyak kedai yang tutup seawal jam 12 tengah malam maka terpaksa menuju ke Antara Gapi. Nasib baik ada kedai mamak di simpang berhadapan Antara Gapi yang masih dibuka sehingga jam 4 pagi. Dapatlah melepaskan dahaga di sini sambil lepak sebelum berkayuh semula ke Bukit Beruntung.
Dapat jugak berkayuh semasa bulan Ramadhan nie....lepaskan gian untuk berkayuh road....cuaca sejuk dan dingin malam ini...seronok untuk berkayuh....
Menuju ke Jalan Bukit Beruntung-Rasa....layan dragon back lepas nie....tak banyak kenderaan yang lalu-lalang....tetapi yang lalu semua laju-laju belaka.....
Terserempak jugak dengan beberapa orang pengayuh...ada yang ber"road bike" dan ada jugak yang ber"mountain bike".... jalan di sini agak sunyi pada waktu malam...sebab itu loop kali ini awal-awal dah lalu dekat sini..kalau loop terbalik mahu sampai di sini pukul 2 pagi....seram oooo...walaupun bulan puasa....
Santai jea laa kayuh malam nie....letih kerja siang tadi masih belum hilang lagi....
Port biasa....di persimpangan Sirim Rasa-KKB...lepak sini dulu..tunggu kalau-kalau ada keretapi yang lalu....tak lalu pun.....
Tak jadi ke KKB...kalau plan asal hendak ke sana...tetapi ubah fikiran sebab takut kedai makan tutup awal....nak lepak nanti tak ada tempat nak minum...ambil keputusan untuk terus ke Antara Gapi...cari kedai makan dekat sana...
Sampai di Antara Gapi....baru sampai kedai dah nak tutup....tak sempat nak duduk...tokey kedai cakap dah tutup....hampa....bergerak menuju ke jalan besar berhadapan Antara Gapi...nasib baik ada kedai mamak yang masih di buka....dapat jugak minum teh o ice limau....
Kebetulan pakai jersey sama malam nie....Shimano Lekas Highway....pilih baju ini disebabkan hanya baju ini jer yang kelihatan cerah yang lain semua gelap...bahaya berkayuh dengan baju gelap di waktu malam...walaupun pakai reflector vest keutamaan keselamatan perlu dipatuhi...
Jadi lah dapat...51km jea....asalkan dapat kayuh....dapat jugak lepas gian...dah lama tak kayuh....lepas raya sambung kayuh lagi....harap-harap Covid ini cepat reda dan boleh berkayuh semula...
Semoga mushibah yang melanda kita ketika ini akan cepat berakhir walaupun sudah hampir setahun setengah kita mengharungi norma baru ini.....semoga ada cahaya di hujung jalan....
sama-sama lah kita jaga kita....
#KitaJagaKita.... bukan
#BudakKitaJagaKita....
No comments:
Post a Comment