Sunday, 22 May 2022

Back to saddle @Bukit Beruntung Loop - 21 May 2022

Setelah sekian lama tidak berkayuh road bike, kali ini menguatkan semangat untuk berkayuh semula setelah hampir 5 bulan tidak berkayuh di atas jalan raya. Disebabkan sudah lama tidak berkayuh, maka kayuhan kali ini adalah santai-santai sahaja. Loop Bukit Beruntung merupakan pembukaan kayuhan pada tahun ini dan diharapkan akan terus bersemangat untuk meneruskan kayuhan pada masa akan datang.

Kayuhan bersama Anas setelah lama tidak kayuh bersama dan kayuhan bermula awal disebabkan terdapat "open house" hari raya pada sebelah petangnya. Route santai melalui Bukit Beruntung-Rasa-Batang Kali-Antara Gapi-Serendah-Sg. Choh-Bukit Beruntung. Kayuhan sejauh 48km sebagai permulaan sebelum pegi lebih jauh lagi.


Dah lama tak berkayuh...terasa penat semasa mendaki di laluan roller coster Bukit Sentosa-Rasa....

Kayuhan di waktu pagi...masih lagi berkabus walaupun pada tengaharinya panas terik....maklumlah sekarang ini cuaca agak panas terutama semasa tengahari...

Santai jea kayuh hari ini....

Pit Stop...selepas Sirim Rasa.....layan panas kejap sambil bergambar..lepas itu meneruskan kayuhan ke Antara Gapi untuk bersarapan pagi...

Fuuuh.....matahari dah mula naik....dan panas di awal pagi....

Tiada gambar semasa berhenti rehat di Antara Gapi...on the way balik lalu jalan belakang Perodua E9....sambil kayuh sambil tengok-tengok progress kawasan UMW High Value Park....dah banyak kemajuan di kawasan ini...banyak jalan mula dibina dan kerja-kerja meratakan tanah sedang giat dijalankan...

Kawasan ini akan menjadi kawasan perindustrian Aeroangkasa dan terdapat juga pembinaan kilang-kilang vendor automotive di sini...

Banyak climbing jugak kat kawasan ini.....berpeluh jugak mendaki semasa cuaca dah panas nie...

Pakai nama Presint dekat kawasan ini....dah macam nama dekat Putrajaya pulak...

Roundabout UMW High Value Park....nak masuk kawasan ini tak boleh sebarangan sebab ada security yang jaga...kalau nak berbasikal selalunya dia orang tak kacau...hanya kalau naik motor jea dia orang akan tahan.... 

Parking yard kereta Perodua....banyak tempahan...lori carrier pun keluar masuk membawa kenderaan untuk diedarkan....hujung minggu laluan di sini memang sibuk dengan kenderaan lori....kena berhati-hati...

Cukuplah permulaan untuk kali ini....next time kayuh lagi....dah berumur ini tak boleh push push sangat...ramai sangat yang nak sihat tetapi akhirnya penyakit yang dapat....

Next ride.....nak panjat Fraser Hill pulak....dah lama tak berkayuh disana....rindu pulak nak climbing....

No comments:

Post a Comment