Saturday, 28 May 2022

Mencari mileage yang hilang....@BB-KKB Dam-Sg. Chilling - 28 May 2022

Dah lama berkayuh jarak jauh, sekali kena mintak nyawa sebab dah lama sangat tak berkayuh. Tapi cuaca hari ini nampak mendung dan redup, memang sesuai untuk berkayuh. Sebab tu terlajak sampai ke Sungai Chilling. Lagi pun Sungai Chilling sudah mula dibuka semula setelah hampir lebih kurang 3 tahun ditutup semenjak sebelum pendemic lagi. Ramai pengunjung di kawasan parking Sungai Chilling. Next time, plan bersama family untuk ke air terjun Sungai Chilling pulak. Sebelum tempat ini ditutup semula, lebih baik cepat pergi. Sebab Sungai Chilling memang kerap sangat ditutup kerana kawasan sungai di sini merupakan santuari ikan kelah di mana ikan kelah diternak di sini. Awas jangan cuba memancing atau menagkap ikan disini. Buruk akibatnya nanti.

Kayuhan bermula seawal jam 7.20 pagi, terserempak ramai dengan pengayuh lain pagi ini di Bukit Beruntung. Tetapi langsung tak nampak pengayuh dari pekan KKB menuju ke Sungai Chilling. 


Hari ini kayuh solo jea....bak kata orang, kalau nak kayuh slow-slow kena kayuh sorang-sorang...baru tak menyusahkan orang lain....langsung tak jumpa pengayuh di laluan menuju empangan KKB...hanya banyak kereta menuju ke Fraser Hill...

Awal pagi di hadapan Sirim Rasa....banyak kenderaan pagi ini...ramai yang bekerja hari ini...

Solo jea....

Pit stop....port biasa...persimpangan jalan Rasa-KKB.....lepak rehat dulu...putus nyawa tadi climbing roller coaster....

Sampai pekan KKB.... menuju ke empangan KKB....

Jambatan sebelum sampai ke empangan...dulu jambatan ini meriah dengan swing rope jumping...tetapi setelah berlaku kemalangan pada September 2020, dimana seorang peserta wanita yang terjatuh di atas batu semasa berhayun...tempat ini telah ditutup...

Sehingga kini telah sepi daripada aktivit swing rope....tetapi di bahagian kawasan bawah jambatan terdapat tempat untuk water rafting dimana akan menyusuri sungai sehingga ke kawasan Cherandong, berhampiran dengan Darul Quran...

Sampai di pintu masuk Empangan KKB....

Kawasan empangan masih lagi belum dibuka untuk orang ramai...minta kebenaran dari brother staff Air Selangor untuk masuk mengambil gambar empangan...brother tuu bagi 5 minit jea untuk ambil gambar...semasa dia menurunkan palang untuk mengelakan orang awam masuk, sempat berborak dengannya...orang asal Kampung Gerachi Jaya...banyak pengalaman dan tahu tentang selok belok serta sejarah di kawasan KKB...banyak juga nasihat serta panduan diberikan jika hendak masuk ke dalam hutan... satu benda yang sempat beliau bagi tahu yang menyebabkan terasa baru tahu akan kewujudannya adalah sebuah kediaman mewah yang bertaraf rumah agam yang mempunyai sebuah kolam renang yang terdapat di tepi tasik empangan KKB....try google map, memang betul kewujudan rumah mewah tersebut dimana pemiliknya pernah datang dengan menaiki helikopter dan akan mendarat di kawasan padang di dalam empangan KKB...

Ketenangan di empangan...

Kawasan ini selalunya berpasir....namun dipenuhi dengan air semasa air empangan penuh... 

Pintu masuk Sungai Chilling....sudah dibuka....next time akan pergi...

Kawasan parking yang penuh dengan kenderaan pengunjung....semasa Sungai Chilling ditutup..kawasan lenggang jea...kalau ada pun, pengayuh yang meletakkan kenderaan di sini untuk berkayuh ke Fraser Hill...

Refill air dulu....kayuhan balik masih jauh lagi....

Singgah di 7-Eleven Antara Gapi...perut lapar pulak...makan roti & air Nescafe dulu...

Kenderaan banyak hari ini...tak lalu dekat Sungai Choh...pintas masuk ke jalan belakang Perodua E9...minggu lepas pun guna jalan dekat sini jugak...

Parking yard Perodua....banyak kereta...

UMW High Value Park....giat dalam pembinaan....

Kawasan ini akan menjadik kawasan perindustrian yang baru tidak lama lagi...

Cukup untuk kayuhan hari ini....penat dan barai....dah lama tak kayuh jauh...terasa badan sakit-sakit...kaki pun nak cramp tadi..nasib baik tak teruk...

Next time nak kayuh jauh lagi....dah lama tak buat endurance...next time, tunggu stamina ada balik...ini pun dah nak minta nyawa...

No comments:

Post a Comment