Saturday, 1 October 2016

Compressport Trail Night Run 2016....meredah kegelapan malam - 1 October 2016

Pertama kali berlari di dalam trail pada waktu malam sambil meredah kegelapan malam dengan hanya diterangi oleh lampu di kepala. Nyanyian bunyi unggas dan cengkerek di dalam hutan memecah kesunyian semasa berlari di laluan denai yang basah serta licin. Hujan yang turun pada sebelah siangnya menyebabkan laluan trail menjadi licin terutama semasa menuruninya. Lebih berhati-hati semasa berlari bagi mengelakkan tersepak tunggul kayu serta akar pokok yang berada di dalam trail.

Peserta elite dilepaskan terlebih dahulu pada pukul 7.45 malam dan diikuti oleh peserta lain pada pukul 8.00 malam. Jumlah peserta seramai lebih kurang 600 orang dan tapak event meriah dengan pelbagai acara karnival yang telah dianjurkan oleh pihak resort. Keselamatan para peserta di dalam trail memang dipantau oleh marshall yang menggunakan 4x4 serta ATV tetapi keselamatan kenderaan peserta ada sedikit kehampaan apabila terdapat kes pecah kenderaan peserta terutama mereka yang meletakkan kenderaan di dalam kawasan perkuburan Nirvana. Banyak kenderaan yang dipecahkan walaupun terdapat pihak Rela yang memantau di kawasan tersebut.

 
 Larian di dalam trail di waktu malam sambil meredah kegelapan malam dengan hanya diterangi oleh lampu....
 Into The Woods Night Trail.....event yang menarik untuk tahun ini....jika ada lagi tahun depan, pasti akan datang semula ke sini....

 Bertiga kali ini....bersama Afitz dan Hamdi.....

 Suasana meriah di sekitar resort dengan pelbagai acara diadakan.....

 Pameran kenderaan...bercahaya dengan lampu Neon....

 Bersiap sedia dengan lampu di kepala....

Apitz bersedia di garisan permulaan.....sudah tak sabar untuk memulakan larian....
 
 Hamdi....buat warming-up....cuaca sejuk dan dingin pada malam ini 

 Berjaya sampai akhirnya....tiada gambar di dalam trail disebabkan gelap....tak nampak apa-apa...tapi climbing selepas Check Point 2 memang pacak....nasib baik malam, tak nampak apa-apa dan semestinya tak panas...kalau siang, bukit ini memang azab....



Sampai di finishing line....

Semuanya selamat sampai di garisan penamat.....

Gaya...puas....

 Bergambar dulu....tetapi terpaksa bergegas ke kereta dengan segera apabila pihak penganjur memaklumkan tentang kejadian pecah kenderaan di kawasan parking....tak tunggu untuk lucky draw....

 Sasaran untuk lakukan di bawah 2jam tidak tercapai.....

No comments:

Post a Comment