Tuesday, 11 October 2016

Shimano Night Ride Burung Hantu dari tahun 2009 sehingga kini....

Jamboree kayuhan malam "ECC Shimano Night Ride Burung Hantu" merupakan acara kayuhan malam yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh setiap pengayuh mtb. Sejak dianjurkan pada tahun 2009 sehingga kini, masih belum terlepas peluang untuk menyertainya. Hanya pada tahun lepas, 2015 acara ini direhatkan setahun namun tahun ini diadakan semula. Kayuhan malam ini mempunyai daya tarikan yang tersendiri serta trek yang dihidangkan adalah bersesuai dengan suasana malam dan kurang berteknikal. Walaupun terdapat juga acara kayuhan malam selain daripada burung hantu seperti Pocong Night Ride, Kunang-Kunang Night Ride namun kelainan tetap dirasai.

Dataran Ayer Keroh dipilih semula oleh pihak penganjur dan diharapkan tahun ini cuaca baik dan tidak hujan pada sebelah petang atau malamnya.


ECC Nite Ride Burung Hantu 2009
Penaja Utama : Sin Bee Hin

ECC Nite Ride Burung Hantu 2010
Penaja Utama : Shimano 

ECC Nite Ride Burung Hantu 2011
Penaja Utama : Shimano

ECC Nite Ride Burung Hantu 2012
Penaja Utama : Merida  PedalSpot

Shimano ECC Nite Ride Burung Hantu 2013
Penaja Utama : Shimano
 
Shimano ECC Nite Ride Burung Hantu 2014
Penaja Utama : Shimano

Medal sebagai kenangan.....2009, 2010, 2011, 2012 & 2013.

Medal tahun 2014...sedikit kelainan, medal plastik bertukar kepada besi..mengikut arus perubahan semasa di mana medal besi menjadi pilihan peserta....
In sya allah, koleksi medal yang ke-7 pada malam minggu ini.... 

No comments:

Post a Comment