Bermula di perkarangan Stadium Shah Alam, acara larian bermula tepat jam 12 tengah malam dengan kategori HM dilepaskan dahulu dan 10km kemudiannya. Lebih kurang 7,000 orang peserta menyertainya pada kali ini.
Bersama Iswardy PKNS.....
Acara konsert diadakan bagi sambutan Hari Belia peringkat negeri Selangor.....acara yang berbeza tapi tapak acara bersebelahan....
Berkumpul di starting line....larian dilepaskan pada pukul 12 tengah malam oleh Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali.....
Belon pace untuk peserta....boleh ikut yang mana suka, asalkan dapat follow....try follow pace 2:30 sampai KM6 jea....lepas tuu ke laut.....barai...
Stadium pun dah mula lenggang...hanya peserta HM yang baru sampai di garisan penamat....parking kereta pun dah mula kosong...ramai peserta sudah balik akibat keletihan dan menggantuk....
Semasa mengambil goodies bag pada sebelah petangnye....dah tak ramai orang...mungkin ramai sudah mengambil awal...
Layan masuk stadium dulu....hahaha...first time masuk Stadium Shah Alam sebenarnya, sebelum ini selalu masuk Stadium Bukit Jalil jea....walaupun minat tengok bola tapi jarang pergi stadium, lebih suka tengok depan tv jea.....
Padang kemas dan rapi....dalam stadium pun bersih dan terjaga....walaupun stadium ini sudah berusia 22 tahun namun masih terjaga hanya cat pada dinding stadium sahaja yang sudah nampak uzur dan lusuh....
Bersama anak bujang yang first time juga masuk stadium....
Koleksi medal HM yang pertama....next time boleh join lagi....
Sasaran masa di bawah 3jam tercapai....cukup untuk permulaan, lain kali boleh cuba perbaiki lagi...ini pun dah separuh nyawa.... kena banyak training lagi...
Semasa KM16 badan dah mula sakit-sakit terutama dekat kaki dan pinggang...3km sebelum finishing memang mental sebab laluan mendaki dan tenaga pun dah tinggal nyawa-nyawa ikan jea....
No comments:
Post a Comment