Saturday, 3 August 2019

Hiking Bukit Kutu V6.0 - 3 August 2019

Dah lama rasanya tidak mendaki di Bukit Kutu. Minggu ini bersama Josh mendaki pada pukul 8.20 pagi disebabkan ingin balik secepat mungkin. Pendakian sambil berlari-lari anak untuk mengejar masa supaya dapat menghabiskan pendakian sebelum pukul 12.30 tengahari. Bergerak dari Bukit Beruntung menuju ke Pertak, Kuala Kubu Bahru pada pukul 7 pagi dan sampai di tempat parking perkampungan Orang Asli Pertak pada pukul 8 pagi. Setelah membayar RM1 untuk setiap kepala bagi yuran masuk ke kawasan parking kenderaan. Disebabkan masih awal lagi, mudah untuk mendapatkan tempat parking yang teduh tanpa panas matahari. Memulakan pendakian pada pukul 8.20 pagi menuju ke Bukit Kutu.


Kali ke-6 mendaki di Bukit Kutu....tapi kali ini terasa letih disebabkan sudah lama tidak mendaki di sini...terasa jauh pulak...

Bersama Josh...Guide Bukit Kutus....dah berpuluh kali naik....

Masih banyak lagi tempat untuk parking kenderaan....mungkin masih awal lagi...

Terdapat 2 Orang Asli yang menjaga parking di sini sambil mengarahkan pendaki supaya meletakkan kenderaan secara teratur tanpa "double park" yang hanya akan menyusahkan pendaki yang lain...

Jambatan gantung besi yang pertama.....

Melintasi sungai yang pertama.....terhenjut-henjut semasa melaluinya...

Jambatan besi yang kedua....dah lama sengget...tapi selamba jea orang asli naik motor bawak durian  lalu kat jambatan nie... memang skill....

Air sungai cetek sedikit tetapi deras....

Melintasi sungai yang ketiga.....airnya sejuk...

Josh buka kasut sebab tak nak basah.... 

Khemah Orang Asli yang mengutip durian di sini.... cuba untuk membeli durian di sini.. tetapi hampa disebabkan sudah di borong oleh peraih....

Pendakian sebenar pun bermula.....tiba-tiba lutut kanan terasa sakit....baru bermula namun tetap meneruskan pendakian sehingga ke puncak...

Sampai pit stop "I Love Bukit Kutu" setelah mendaki selama 45 minit....berehat sebentar sambil mencari nafas....

Terserempak dengan penghuni setia Bukit Kutu....follow kami sehingga ke Batu Tedung....

Fuuuh.....ambil nafas dulu...macam nak putus nyawa jea....

Fuuuhhh....letihnya...

Pacak betul nak daki kat sini nie.....

Sampai akhirnya di Batu Tedung......

Berselfie dulu sebelum meneruskan pendaki untuk sampai ke puncak....dari Batu Tedung ke puncak mengambil masa lebih kurang 45 minit...

Berehat sampai di sini jea.....tapi time balik tak jumpa pulak...

Trademark Bukit Kutu.....cerobong asap di atas puncak...

Sampai juga akhirnya....

Bergambar dulu sebelum turun...

Layan pemandangan dulu....suasana sedikit berkabus....

Tak ramai pendaki di atas puncak tidak seperti biasa....semasa mendaki dan turun pun tak terserempak sangat dengan pendaki.... jika tidak, puncak Bukit Kutu seperti pesta setiap kali naik...tetapi kali ini hanya ada tak sampai 10 orang pendaki semasa sampai...

Josh bergambar dulu sebelum turun.... hanya lepak rehat selama 20 minit jea....dan selepas itu turun pada pukul 11.20 pagi....

Melintas sungai ketiga semasa turun....

Tapak perkhemahan di tepi sungai...sesuai untuk bermalam di sini sambil menghayati keindahan alam dan kesegaran udara di dalam hutan...

Tapak perkhemahan yang bersih dan terjaga....next time akan plan untuk berkhemah di sini...

Ramai pengunjung yang berkelah sambil bermandi-manda di kawasan kaki bukit....port ini memang sesuai untuk berkelah bersama keluarga atau rakan-rakan... 

Lebih kurang 4jam setengah untuk mendaki dan turun....sampai di parking kereta pada pukul 12.45 tengahari....

Mileage lebih kurang 11km untuk naik dan turun....cukup untuk minggu nie...lain kali mendaki lagi...TMMT dah dekat...persediaan macam tak cukup jea....

No comments:

Post a Comment