Flag off yang sepatutnya pada pukul 7 pagi telah ditunda ke 8.15 pagi disebabkan oleh faktor cuaca. Hujan yang turun dengan lebatnya sejak petang Jumaat menyebabkan laluan trail menjadi berlumpur serta licin. Peserta 100Km dan 70Km terpaksa berlari di dalam hujan manakala route sebenar terpaksa ditukar disebabkan paras air sungai yang naik sehingga ke paras pinggang. Di atas faktor keselamatan bagi peserta laluan mengharungi anak sungai sejauh 3km dibatalkan dan peserta terpaksa berpatah balik membuat pusing u-turn apabila sampai di kawasan sungai. Jarak bagi peserta 100Km juga terpaksa dipendekan ke 97Km sahaja atas faktor keselamatan. Disepanjang penganjuran event ini selama 5 tahun, ini merupakan kali pertama peserta berlari di dalam keadaan hujan serta laluan trail yang becak serta licin.
Bagi peserta 35Km, laluan 10Km yang pertama, ramai peserta terpaksa mengerah kudrat serta tenaga disebabkan laluan yang sukar serta bergelumang dengan lumpur. Namun tempoh masa 10 jam masih lagi dikekalkan sehingga 6.15 petang walaupun peserta lewat dilepaskan.
Edisi yang terakhir pada tahun kelima...selepas ini akan berpindah ke Baling, Kedah untuk The Magnificent Baling100....
Berkumpul di Dataran Merapoh terlebih dahulu sebelum menuju ke starting line di Padang Persik... peserta 100 & 70Km dilepaskan dan berakhir di sini manakala kami dilepaskan di Padang Persik....jarak dari sini ke Padang Persik lebih kurang 10km....
Lebih kurang 500 peserta yang menyertai kategori 35Km....terpaksa menunggu semua peserta sampai sebelum flag-off....
Peserta 35km menunggu di bawah khemah terlebih dahulu sambil bersarapan pagi yang disediakan oleh penganjur....telur ayam rebus serta sandwich telur....
Menunggu kenderaan lori serta pick-up untuk mambawa peserta ke Padang Persik....jumlah kenderaan yang tidak banyak menyebabkan terpaksa menunggu lama untuk naik... dan masa pelepasan juga terpaksa dilewatkan...
Peserta menaiki lori.....bersesak-sesak seperti ikan sardin....
Menaiki pick-up untuk sampai di sini...starting bersebelah highway Merapoh-Gua Musang......
Lebih kurang 500 peserta yang menyertai kategori 35Km....terpaksa menunggu semua peserta sampai sebelum flag-off....
Cuaca sudah terang tetapi masih mendung lagi....hujan renyai-renyai kadang-kadang turun....
Berposing dulu....lambat lagi nak flag off...baru pukul 7 pagi....
Ramai dah tak sabar nak berlari.....
Tunggu jea sambil berselfie dulu.....
Lama menunggu...akhirnya flag off pada pukul 8.15 pagi....
Baru berlari 700m dah masuk dalam Gua Persik....berasak-asak masuk di pintu gua disebabkan laluan mendaki serta licin....ambil masa selama lebih kurang 20 minit untuk masuk ke dalam gua...
Ambil peluang untuk bergambar di sini....namun tak berhenti lama disebabkan masih awal lagi untuk bersantai....
Gua Hantu Menari....menarik laluan di dalam gua ini.....pembentukan terowong batu kapur yang menarik serta unik di dalam gua nie dengan air mengalir di dalamnya...
Laluan trail yang berlumpur serta berselut disebabkan hujan lebat yang turun menyebabkan kesukaran dan banyak tenaga yang digunakan....
Menyeberangi sungai dengan meniti di atas kayu balak sambil memegang tali....seram jugak dekat sini sebab arus sungai yang deras....
Sampai CP1....sempat makan pisang..yang lain tak lalu nak makan...macam-macam makanan ada tapi mampu tengok jea....
Ini selepas u-turn sungai....bonk tahap gaban time nie....nak tengok depan pun dah tak mampu....pandang tanah jea...
Tangga penyesalan....tinggi tangga nie....lagi 2km nak sampai FL...kena turun tangga ini sememangnya teramat lah azab....dengan kaki yang dah cramp, turun tangga ini memang satu dugaan... selepas turun masuk semua ke laluan tarmac sambil mendaki sebelum sampai di FL....
Tak sampai 1km lagi nak sampai FL..... finish strong bersama King Azree....dah tak mampu nak lari lagi...hanya mampu berjalan jea....
Tak sampai 1km lagi...
Lagi 300 meter jea....
Muka ada senyum....dah nampak finishing line.....
Akhirnya sampai di FL......
Fuuhhh....3Km yang terakhir memang menduga mental....fizikal jangan cakap...memang dah out dah time nie....
Alhamdullilah....berjaya memiliki medal TMMT akhirnya....bersyukur kepadaNya apabila sampai di FL tanpa sebarang kecederaan.....
Hari sebelumnya....semasa mangambil race kit....di Sekolah Menengah Kebangsaan Merapoh....
Bersama idola...Afitz yang mengambil kategori 100Km...
Beratur mengambil plate number....
Briefing dari pihak penganjur selesai...tak dapat mendengar sepenuhnya disebabkan tengah beratur...
Sasaran masa di bawah 8 jam akhirnya tercapai...tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi disebabkan baru pertama kali menyertainya...
Syukur Alhamdullilah....berjaya juga sampai di FL....walaupun ini merupakan edisi yang terakhir namun trail di Merapoh memang yang terbaik....view pemandangan bukit batu kapur serta gua yang terdapat di sini sememangnya cantik serta unik...sayang sekali jika keindahan di sini akan lenyap akibat pembalakan serta ura-ura bagi pembinaan kilang kuari yang terbesar di Asia...
Akhir kata #savemerapoh.... wasalam...
In sya Allah....berjumpa di Baling100....
No comments:
Post a Comment