Acara larian yang sepatutnya berlangsung di sebelah malam tetapi telah diubah ke sebelah pagi Ahad disebabkan oleh faktor teknikal yang tidak dapat dielakkan. Lebih kurang 5000 penyertaan bagi 2 kategori iaitu 10Km dan 7Km.
Dah lama rasanya tidak berlari 10Km semenjak 2 tahun lalu....selalu register HM jea....tapi letihnya tetap sama....
Lebih kurang 1500 peserta menyertai larian 10Km nie...
Flag off tepat jam 7.30 pagi.....cuaca agak mendung pagi ini disebabkan keadaan jerebu yang sedang melanda sekarang nie...
Habis larian....tak ada gambar semasa berlari....malas nak keluarkan handphone....
Ramai peserta dah mula sampai....
Bergerak menuju ke pentas utama....melihat acara lucky draw yang akan bermula...
Lalu dekat booth sponsor....ini booth Yamaha....ada jual pelbagai baju dan t-shirt Yamaha....
Yang ini tak pasti booth apa....tapi rasanya pemandu rally Malaysia ada dekat sini....Karamjit Singh...
Booth Bomba.....
Ramai orang.....sesak dengan kanak-kanak yang melihat booth Bomba... banyak peralatan Bomba yang dipamerkan di sini...
Pentas utama....Shahrol Shiro diundang bagi memeriahkan suasana...gelak ketawa dari peserta yang melihat gelagat serta lawak mereka....
Acara lucky draw bermula...tetapi tak dapat tunggu lama sebab kena balik hotel...nak kena hantar anak balik asrama...
Terima kasih bomba....Justice for Adib....
Koleksi medal yang seterusnya pada tahun nie...
Cukup untuk kali nie....bekalan untuk ke TMMT....tak pasti dah bersedia ke belum....yang penting, asalkan habis jea nanti...
Next year jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment