Empangan ini adalah aliran air Sungai Selangor dan merupakan limpahaan air dari Empangan Kuala Kubu Bahru. Disepanjang sungai masih lagi terpelihara dan keunikannya masih lagi memikat hati pengunjung. Aliran air yang kadang-kadang deras dan ada juga yang tenang memang sungguh mempersonakan.
Kawasan empangan yang masih lagi kekal sehingga hari nie....indah pemandangan di sini walaupun empanganya tidak sebesar mana....
PRCC hiking semula.....mungkin ini langkah permulaan untuk aktif seperti dulu...
Nuar-Babat-Iskandar-Afitz
Babat & Iskandar bawa orang rumah sekali.... trek santai jea...tak teruk climbing..
Kawasan air sungai yang tenang...tetapi jangan di sangka tiada tempat yang deras....
Cantik kawasan ini...tetapi nampak sangat kedalaman air sungai tuu....terdapat juga aktiviti water rafting di sungai ini...
Antara kawasan perkelahan yang cantik di kawasan ini...berjumpa dengan owner kawasan ini yang sedang melakukan proses pembersihan di kawasan tebing sungai....kawasan ini memang sesuai untuk berkhemah dengan keluarga...tetapi awas, air sungai di kawasan ini deras walaupun cetek....
Bersama tuan tanah tapak perkhemahan ini...kerja pembersihan tapak sedang dilakukan...kalau nak camping boleh contact brother nie....harga bayaran tapak khemah memang berpatutan....
Afitz & Nuar bergambar bersama tuan tanah....
Bersama wife....follow bersama disebabkan laluan treknya tidak lah terlalu hardcore....
Sebelum masuk ke kawasan empangan terdapat pondok orang asli yang mengenakan bayaran sebanyak RM2 seorang... untuk kerja-kerja pembersihan sampah serta trek....terdapat juga rambai hutan yang dijual disini...tetapi rambai hutan ini tidak seperti buah rambai biasa...ia terasa masam, bukan manis...
Tidak sampai 45 minit....sudah sampai di empangan lama Cherandong....terdapat beberapa orang penggunjung yang telah sampai...bermandi-manda di sini....airnya jernih serta sejuk...memang syok...
Binaan empangan daripada batu konkrit...kadang-kadang terpikir juga, macam mana orang dulu-dulu bawak masuk segala bahan binaan di dalam hutan ini...
Pemandangan dari atas....walaupun air di atas agak tenang tetapi deras semasa turun...
Tak berani pulak nak duduk dekat batu empangan tu...airnya agak deras....
Lepak bersantai sambil masak air dan makan maggie....
Woow....syoknya mandi di sini...air memang sejuk dan segar....memang puas hati...
Kawasan air terjun....
Air tak dalam...tetapi deras...
Menarik nak mandi...sebab dah tak ada orang.....
Mandi sakan....
Kawasan ini masih lagi terpelihara dan mengekalkan keindahahn yang tersendiri....masih ramai yang belum mengenali kawasan empangan ini....
Batu bertingkat-tingkat daripada batu konkrit....ketinggian empangan ini lebih kurang 8-10 meter....
Laluan untuk menuju ke air terjun yang lain pula...air ini mengalir dari sungai yang sama....
Seronok pulak mandi dekat sini....airnya sejuk dan segar....deras juga air ini...sakit badan juga ditimpa air...
Betul-betul mandi nie.....
Deras air di kawasan ini.....memang menarik kalau camping di sini....
Mendamaikan....
Cantik betul air dekat sini....
Next time...repeat lagi dekat sini....memang berbaloi....
No comments:
Post a Comment