Train to Dabong....perjalanan bersama keretapi Tanah Melayu dengan Express 26 Timuran dari Kuala Lipis ke Dabong. Percutian singkat hujung minggu yang dirancang secara tidak sengaja tanpa terfikir untuk ke sana sebenarnya. Tetapi apabila terbaca di dalam Facebook mengenai pengalaman berkeretapi di sana, terus terasa ingin merasainya juga. Terima kasih kepada Facebook "Eyna Ariffin" (rakan kepada wife) yang telah berkongsi pengalaman serta informasi mengenai perjalanan beliau. Banyak panduan serta informasi yang penting dikongsi bersama bagi dijadikan panduan kepada mereka yang ingin ke sana. Penceritaan yang mudah untuk difahami dan mudah untuk merancang perjalanan.
Perjalanan ke Dabong bermula dengan pergerakan dari Bukit Beruntung ke Kuala Lipis dengan menggunakan kenderaan sendiri. Bertolak pada pukul 11.20 malam melalui jalan Tol Gombak sebelum keluar ke Bentong. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam 30 minit dengan melalui pekan Raub sebelum sampai di Kuala Lipis. Berhenti rehat di pekan Raub sambil mengambil gambar ketika pekan ini sunyi sepi di waktu tengah malam. Mengambil gambar di mercu tanda pekan Raub. Tidak mengambil masa yang terlalu lama, kerana masih lagi belum sampai ke destinasi. Kami sampai di Kuala Lipis pada pukul 3.30 pagi dan melelapkan mata di dalam kereta sambil menunggu waktu suboh.
Tiket Keretapi Express Timuran yang dibeli secara Online sebelum memulakan perjalanan...lebih baik beli ticket secara online daripada beli di kaunter kerana jika beli awal, dapat pilih tempat duduk serta Koc yang dikehendaki....
Terdapat promotion daripada pihak KTMB sehingga 31 December 2021...diskaun sebanyak RM10 untuk setiap ticket....dapat jimat sebanyak RM30...harga ticket sebenarnya RM33 untuk Koc T1...manakala Koc yang lain berharga RM19....
Untuk 3 pax sepatutnya RM99...tetapi selepas diskaun hanya perlu bayar RM69....terima kasih KTMB....
Masukan code "CUTIKERETAPI" untuk mendapatkan penjimatan sebanyak RM10...
Terdapat 8 Koc untuk Keretapi Express 26 Timuran....semasa beli ticket ini, kesemua Koc 6 hingga 8 sudah penuh....Koc di bahagian belakang menjadi pilihan mungkin disebabkan oleh harga atau keseronakan untuk melayan pemandangan keretapi dari belakang....
Koc 1 mempunyai susunan kerusi 2+1 manakala koc yang lain 2+2....
Bertolak pada pukul 11.20 malam dari Bukit Beruntung menuju ke Kuala Lipis....kali ini tidak melalui jalan Genting Highland-Goh Tong Jaya dan turun ke Genting Sempah....melalui Jalan Tol Gombak disebabkan cuaca sekarang selalu hujan dan selalunya jalan agak licin semasa mendaki ke Goh Tong Jaya....ambil langkah selamat dan berhati-hati..
Sampai di Pekan Raub.....berhenti dulu untuk bergambar di mercu tanda pekan Raub....
Banyak kenderaan yang lalu disini terutama lori...sepanjang laluan ke Kuala Lipis tidak terasa sunyi...stesen minyak pun banyak yang masih beroperasi disebabkan laluan ini merupakan tumpuan untuk ke pantai timur terutama Kota Bahru....
Nasib baik wife masih lagi berjaga disepanjang perjalanan...boleh jugak berborak-borak untuk menghilangkan rasa mengantuk....lagi pun laluan ini tidak pernah laluan sebelum ini....
Sampai di pekan Kuala Lipis pada pukul 3 pagi....sunyi sepi kawasan ini...
Akhirnya sampai di destinasi iaitu Stesen Keretapi Kuala Lipis....semasa sampai pekan ini sunyi sepi tanpa sebarang aktiviti...tempat parking kenderaan disediakan di hadapan stesen...
Tempat parking kenderaan yang luas di hadapan stesen keretapi....memang mudah sangat untuk meletakkan kenderaan di sini...hanya terdapat beberapa buah kereta sahaja...semasa sampai masih nampak lagi pekerja KTM yang masih lagi bertugas...namun selepas jam 3.45 pagi...keadaan stesen menjadi sunyi sepi disebabkan tiada keretapi yang lalu...
Lepak bersama anak ditepi rail keretapi....masih awal lagi....keretapi pun belum sampai lagi....
Sekarang jam menujukkan pukul 4.15pagi....penumpang pun masih lagi belum sampai....nak lelapkan mata pun tak boleh nak lelap.....terpaksalah berjaga sehingga keretapi sampai.... pukul 5.30 pagi...penumpang lain mula kelihatan...4-5 buah kenderaan mulai sampai dan terdapat sekumpulan hiker yang berpakai lengkap serta bag hiking yang ingin ke Dabong untuk mendaki Gunung Stong....
Jarak perjalanan dari Bukit Beruntung ke Kuala Lipis lebih kurang 189km....masa yang diambil pun lebih kurang 3jam setengah termasuk berhenti di pekan Raub untuk bergambar serta membuang air di stesen minyak....
Dari highway Karak lepas Tol Bentong....memasuki laluan highway yang baru iaitu Central Spine Road sehingga ke pekan Raub....highway Central Spine ini masih lagi belum siap sepenuhnya....di Raub akan dilencongkan keluar melalui jalan lama....banyak masa dapat dijimatkan di laluan ini...nanti bila highway ini siap sepenuhnya, pastikan akan dapat menjimatkan masa untuk ke Kota Bahru....
No comments:
Post a Comment