Menjelajah Gua Ikan merupakan aktiviti yang pertama setelah sampai di Dabong. Perjalanan dari Stesen Keretapi Dabong ke Gua Ikan hanya memakan masa selama 10 minit sahaja dan jarak hanya 4km. Nama Gua Ikan diperolehi daripada bentuk struktur batu kapur yang terbentuk seperti ikan yang terletak di atas permukaan gua. Dari bahagian luar akan dapat melihat bentuk ini.
Ada empat gua yang terdapat di sini iaitu Gua Ikan, Gua Pagar, Gua Gelap dan Gua Keris. Setelah pergi ke Gua Ikan, kami memiih untuk masuk ke Gua Gelap. Gua Gelap lebih mencabar berbanding dengan gua yang lain. Ini kerana kami terpaksa merangkak serta berbaring di dalam laluan gua yang sempit sambil basah disebabkan terdapat anak sungai yang mengalir didalamnya. Memang best sesekali dapat peluang ini. Air sungai yang jernih serta dingin.
Penjelajahan gua ini bermula pada pukul 10.30 pagi dan kami menghabiskan masa lebih kurang 3 jam untuk explore semua gua di sini. Penghujung expidisi ini, kami telah bermandi hujan setelah hujan yang lebat turun. Menuruni tebing gua dalam keadaan licin berselut sambil berpaut dengan tali yang disediakan sememangnya pengalaman baru untuk anak bujang aku yang selama ini hanya sibuk dengan dunia "game" dia sahaja. Hujan masih lagi lebat sehingga kami sampai di tempat parking kereta. Makan tengahari dulu di gerai makan dalam keadaan baju basah kuyup.
Pengalaman pertama anak bujang aku memasuki gua....happy sebab teruja dengan keadaan di dalam gua dan banyak bertanya tentang kejadian struktur batu kapur di dalam gua...
Struktur batu kapur yang terdapat di sini yang seakan bentuk ikan menyebabkan gua ini dikenali sebagai Gua Ikan...
Selain Gua Ikan...terdapat Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Keris....
Memasuki Gua Gelap terlebih dahulu.....terpaksa merangkak dan berbaring di sini....
Laluan semakin ke dalam, semakin sempit....langkah peru berhati-hati...kerana terdapat batu yang agak licin...
Merangkak sambil berbaring di dalam air....
Menyusuri di celah-celah dinding gua sambil mengharungi anak sungai yang mengalir di dalam gua...
Memanjat keluar dari Gua Gelap....terdapat tali yang disediakan...
Setelah keluar Gua Gelap.....hiking mendaki ke Gua Pagar....terdapat tali yang disediakan...laluan mendaki yang licin serta berbatu....
Kami memasuki Gua Keris terlebih dahulu manakala Gua Pagar yang terakhir....
Menuju ke Gua Keris.....terdapat tali yang disediakan...laluan licin serta berbatu....
Permandangan luar dinding gua.....
Sampai di pintu masuk Gua Keris....terdapat struktur batu kapur yang berbentuk keris di sini...
Struktur berbentuk keris ini menyebabkan gua ini dikenali sebagai Gua Keris....
Stalagmit serta stalaktit yang terdapat di Gua Keris...memang menakjubkan....
Tarikan yang popular di Gua Keris adalah fenomena "God Light" yang terjadi pada lubang yang terdapat di gua ini. Fenomena ini berlaku apabila bukaan lubang di dindidng gua menyuluh cahaya matahari untuk terus ke dalam lantai gua. Kejadian ini selalunya berlaku pada waktu pagi dan bergantung kepada cuaca. Kami tidak bernasib baik kerana cuaca pada hari ini adalah mendung seperti hendak hujan.
Di gua ini juga terdapat satu struktur bukaan gua yang mirip kepada peta negeri Kelantan. Mungkin ini hanya satu kebetulan sahaja.
Struktur seperti seekor gajah....
Pembentukan kristal (calcium calcite) serta proses awa pembentukan stalaktit yang dipanggil karst line.
Air yang mengalir turun dari bumbung gua jatuh dah bertakung disini sambil membuat satu takungan air yang besar....tetapi kawasan ini berpagar bagi mengelakkan penggunjung untuk masuk serta merosakan struktur yang unik ini....tidak semua permukaan gua boleh disentuh dengan tangan, terdapat juga kawasan yang dilarang untuk masuk serta disentuh bagi mengelakkan kemudaratan serta kerosakan spesis di dalam gua...
Menuju ke Gua Pagar pulak....
Letih...take five dulu....
Bergambar dulu....hujan masih lebat lagi di luar gua....
Struktur gua seperti frame gambar....tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini...
Di sini pun cantik untuk bergambar....banyak struktur batu kapur yang menarik untuk bergambar di sini...hanya terpulang jika tenaga masih mampu untuk memanjat bagi mendapatkan view yang menarik....
Di Gua Pagar, terdapat kehidupana gua yang unik iaitu beberapa spesis tumbuhan Vaughan's Balsam. Selain itu terdapat juga binatang sepeti labah-labah yang dikenali sebagai trapdoor spider.Guide kami juga menunjukkan bukti bahawa kawasan Dabong ini dahulunya ditenggelami oleh air laut dan kawasan gua ini terletak di dasar laut. Ini kerana terdapat fosil rumput laut yang menjadi batu dan melekat di permukaan dinding gua.
Jarak keseluruhan expedisi hanya 7km sahaja....lebih kurang 3 jam masa diluangkan untuk menjelajah kesemua gua di sini...
GPS tak dapat signal terutama semasa di dalam gua.... kepada mereka yang ingin menjelajah ke gua ini, pastikan anda memakai pakaian yang sesuai (seluar & baju hiking) serta membawa lampu headlamp serta baju yang kering untuk dipakai setelah habis menjelajah gua, kerana anda pasti akan basah kuyup terutama di Gua Gelap.... selain itu pakai kasut hiking dan bukannya sandal. Di dalam gua terdapat banyak struktur batu kapur yang tajam serta mampu melukakan kaki jika tidak berkasut. Jangan lupa air mineral botol kecil untuk air minuman. Kalau dahaga, jangan minum pulak air dalam gua ini. Pasti kita akan membawa handphone bagi merakamkan detik-detik menarik di dalam gua. Oeh itu, bawalah bag kecil kalis air untuk menyimpan handphone anda daripada dibasahi air.
No comments:
Post a Comment