Perjalanan keretapi Express 26 Timuran dari Kuala Lipis menuju ke Dabong bertolak tepat jam 6.01 pagi. Dengan Koc sebanyak 8 buah, keretapi ini mampu membawa penumpang seramai lebih kurang 240 orang. Tetapi perjalanan pada pagi ini tidak seperti selepas MCO pada tahun lalu yang menjadi viral sehingga menyebabkan jualan tiket melonjak serta ramai pengunjung bercuti di sini. Hanya terdapat 1 trip perjalanan Express Timuran dari Gemas ke Tumpat manakala perjalanan pulang pun hanya ada 1 trip sahaja iaitu pada pukul 9.45 malam daripada Dabong ke Kuala Lipis. Perancangan waktu perjalanan adalah penting bagi memastikan kita tidak ketinggalan keretapi dan tempat-tempat menarik di Dabong habis untuk diterokai.
Tiba di stesen keretapi Dabong pada pukul 9.40 pagi setelah mengharungi perjalanan selama 3 jam 40 minit....
Tepat jam 5.45 pagi....keretapi pun sampai dan bertolak semula menuju ke Dabong tepat jam 6.01 pagi.... lebih kurang 30 orang penumpang menaiki dari Kuala Lipis...ingatkan Koc 1 terletak dibahagian hadapan keretapi tetapi rupanya terletak di bahagian belakang sekali.... average moving speed adalah 62.7km/j manakala top speed sehingga 93.2km/j
Keretapi sudah sampai....
Semua penumpang sudah mula masuk ke dalam koc masing-masing....
Koc 1....tidak berapa penuh berbanding koc yang lain....ramai penumpang masih lagi lena tidur....Koc 1 mempunyai susunan kerusi 2+1..... tidak sampai separuh dalam koc ini....
Menunaikan solat Subuh di bahagian belakang koc....nasib baik ada ruang untuk membentangkan sejadah....semasa di stesen tadi tidak sempat untuk menunaikan solat....lagi pun pintu surau berkunci tadi....
Anak bujang dah mula melelapkan mata....walaupun pun di sepanjang perjalanan dari Bukit Beruntung ke Kuala Lipis tidur di dalam kereta....
Masih lagi mematuhi SOP dengan pemakaian pelitup muka di sepanjang perjalanan....mata pun dah mula mengantuk ini....akibat goyangan keretapi menyebabkan mata semakin layu....tidur dulu sehingga cuaca di luar cerah untuk bersarapan pagi di Koc Cafe....
Meja di cafe agak terhad.....terpaksa tunggu giiran untuk duduk....tetapi lepas makan cepat-cepat lah bangun...sebab ramai lagi yang menunggu giliran untuk bersarapan.... lebih kurang 12 meja sahaja yang disediakan....kalau nak senang dapat meja kena makan awal....tetapi bersarapan pagi sambil melihat pemandangan bukit-bukau diluar lebih menyeronokan daripada gelap-gulita tanpa nampak apa-apa....
Nasib baik dapat meja....tengah nak bersarapan sampai pulak dekat Gua Musang....kebetulan makanan di cafe pun dah habis.....boleh beli dekat stesen Gua Musang....boleh turun dari train untuk beli makanan dan makan di dalam train....
Akhirnya sampai juga di stesen keretapi Gua Musang...sebenarnya memang sudah lama sangat berhajat untuk sampai di sini dengan keretapi...akhirnya Allah makbulkan segala hajat....
Gua Musang dikelilingi oleh bukit batu kapur yang sangat menarik....kawasan di sini memang terkenal dengan bukit batu kapur....
Keretapi akan bertolak semula tepat jam 8 pagi....jika train sampai awal pada pukul 7.30 pagi maka ia akan berhenti rehat selama 30 minit....manakala jika train sampai lewat di Gua Musang iaitu pukul 7.50 pagi...maka hanya berhenti rehat selama 10 minit....nasib baik pada pagi ini keretapi sampai awal iaitu puku 7.30 pagi....disebabkan itu berpeluang untuk turun ke stesen sambil meninjau-ninjau disekitar stesen dan membeli makanan di cafe stesen....
Di belakang sana....kelihatan masjid baru Gua Musang.....pasang niat nak kesana pulak lepas nie....
Habis semua makanan di cafe stesen nie...nasib baik sempat beli kuih dengan nasi berlauk daging.....boleh tahan sedap jugak makanan di sini....sedap-sedap belaka...
Beli dekat cafe stesen tetapi makan di dalam keretapi....
Tepat jam 8 pagi...keretapi mula bergerak menuju ke Dabong.....
Koc cafe penuh dengan penumnpang lain....memang seronok layan makan sambil keretapi bergerak...pengalaman baru yang sudah lama teringin...
Teh panas pun rasa sedap....makanaan pun sedap jugak....sebab lapar sangat kot...
Tapi harga sedikit mahal dari biasa....maklumah atas keretapi...
Nasi putih berlauk daging yang di beli di stesen keretapi Gua Musang...memang sedap dan menyelerakan...
Sampai sudah di stesen Dabong pada pukul 9.40 pagi....memang keretapi pagi ini on time....
Follow SOP....muka barai...tak tidur satu malam...
Keretapi bergerak ke Tumpat....stesen terakhir di pantai timur....
Stesen tak besar sangat compare dengan Kuala Lipis...
Semasa menunggu tour guide datang...beli ticket untuk balik dulu...jika balik menggunakan Express 27 Timuran agak lewat sikit...sebab keretapi akan beetolak menuju Kuala Lipis pada pukul 9.41 malam...hanya ada 1 trip Timuran sahaja sehari....
So...kali ini balik mengggunakan keretapi DMU ( Diesel Multiple Unit)...keretapi yang agak moden dan seakan keretapi ETS....
Ticket paling awal pun pada pukul 6.10 petang..dan akan sampai di Kuala Lipis pada pukul 10.55 malam...
Jangan keliru...disebabkan ada 2 ticket yang akan diberikan...iaitu tikcet Dabong ke Gua Musang dan Gua Musang ke Kuala Lipis...tiada pertukaran train...
Masa perjalanan dengan DMU lebih panjang jika dibanding dengan Express Timuran..disebabkan DMU kerap berhenti di stesen berbanding Express Timur yang hanya berhenti di Merapoh dan Gua Musang sahaja...
Jarak perjalanan sejauh 157Km dari Kuala Lipis ke Dabong dan masa perjalanan selama 3 jam 40 minit...
Perjalanan secara keseluruhannya selesa walaupun train yang digunakan masih lagi lama...untuk makluman hanya train timuran sahaja yang masih menggunakan koc yang lama....yang lain sudah bertukar kepada koc yang lebih moden....diharapkan pihak KTMB akan mengekalkan penggunaan train ini kerana ia lain daripada yang lain....
No comments:
Post a Comment